Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Dua Darjat: Nasib Pegawai Perubatan Kontrak KKM Perlu Dibela

Kongsikan Artikel Ini

Saya memandang serius luahan para pegawai perubatan kontrak di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Rungutan serta luahan mereka terkait jaminan pekerjaan dan peluang bagi mengembangkan kerjaya harus segera diselesaikan kerajaan.

Pemerintah seharusnya segera menyelesaikan soal faedah yang tidak sepadan yang dilaporkan para petugas kesihatan.

Adalah sangat tidak wajar apabila pegawai perubatan kontrak tidak mendapat faedah yang sama seperti pegawai tetap yang lain.

Amalan dua darjat seperti ini tidak harus diamalkan tatkala beban tugas yang dipukul insan-insan ini sangat berat di saat pandemik, dan KKM mesti ambil langkah yang lebih proaktif dan prihatin terhadap kebajikan mereka.

Saya menuntut Menteri bertanggungjawab untuk segera menjawab persoalan-persoalan ini, dan tangani permasalahan serta pulihkan kepercayaan mereka.

Di saat kemelut seperti hari ini, kita sangat memerlukan komitmen dan semangat mereka, justeru hal kebajikan mereka bukan perkara yang boleh dipandang remeh.

ANWAR IBRAHIM

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Bermula 1 Januari depan, cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali pada era...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Rafizi Ramli menafikan dakwaan mengugut untuk ‘mencari’ Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER