Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

UMNO Patut Tangguh Pemilihan Parti. Mengapa?

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Beberapa penganalisis politik dalam dan luar negara sedang memerhati dengan dekat kemelut yang melanda parti terbesar di Malaysia, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau singkatannya, UMNO.

Difahamkan bak kata pepatah lama, kalau lebih banyak membawa mudarat, lebih baik jangan buat dulu.

Itu merupakan pandangan seorang penganalisis politik yang menjangkakan pergolakan dalaman membabitkan pucuk pimpinan Umno akan bertambah buruk dengan penangguhan pemilihan parti sehingga 18 bulan.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, ini kerana “ramai orang” dalam parti itu yang percaya mereka lebih berkemampuan dan berkelayakan untuk memimpin parti itu berbanding Presiden sekarang, Ahmad Zahid Hamidi.

“Hishammuddin dan ramai lagi, bahkan Khairy, mungkin bertindak,” katanya merujuk Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin.

“Sebaik-baiknya, anda mahu mempunyai seseorang yang berpotensi menjadi calon perdana menteri untuk menerajui parti. Kerana kes mahkamahnya, Zahid bukan calonnya. Oleh itu, ramai teringin menggantikannya,” katanya kepada FMT.

Oh berkata, ada individu dalam Umno mungkin menganggap tempoh 18 bulan terlalu lama, yang membolehkan Zahid mengorak langkah untuk mengukuhkan kuasanya.

TAKIYUDDIN DAN PAS KINI MENDERHAKA TITAH YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA-RAJA MELAYU!

Katanya, beliau melihat Zahid akan memimpin parti itu sehingga pemilihan diadakan, kecuali beliau disabitkan bersalah di mahkamah.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, sesetengah pesaing melihat di luar jawatan presiden parti, dengan mengharapkan Umno memenangi pilihan raya umum akan datang yang memberi jaminan jawatan perdana menteri kepada mereka.

Bagaimanapun, beliau memberitahu FMT, sentimen terhadap Zahid mungkin tidak dapat dilihat di peringkat akar umbi atau dalam kalangan pemimpin bahagian.

“Umumnya, mereka yang cuba memperkecilkan Zahid adalah pemimpin tertentu yang kalah dalam pemilihan parti lalu. Ini tidak berlaku di peringkat akar umbi dan tidak menyebabkan ahli keluar parti beramai-ramai atau penutupan bahagian.

“Ini hanya permainan politik dan pertarungan kerana sesiapa sahaja yang menguasai Umno dijangka menguasai kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang.”

Kedua-dua penganalisis itu mengakui menangguhkan pemilihan parti adalah langkah tepat susulan Covid-19, lebih-lebih lagi dengan jumlah ahli Umno yang ramai.

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan memberitahu, parti itu akan menangguhkan pemilihan partinya sehingga 18 bulan seperti yang dibenarkan di bawah perlembagaan parti akibat keadaan semasa Covid-19. Pemilihan itu boleh diadakan lebih awal, jika keadaan sesuai.

Klik pada gambar untuk ketahui benarkan Mahiaddin ‘left grup’ di WhatsApp – SEBARKAN!

Ini dipersetujui kebanyakan ahli Majlis Kerja Tertinggi, dengan hanya dua individu yang menolak penangguhan itu, menurut Pengarah Pemilihan Umno, Tajuddin Abdul Rahman.

Terdapat gesaan untuk Umno mengadakan pemilihan parti lebih awal, dengan Khairy dilaporkan berkata, pemilihan perlu dipercepatkan untuk menyelesaikan masalah dalaman Umno sebelum pilihan raya umum ke-15.

April lalu, selepas disingkirkan daripada jawatan ketua Umno Perlis, Shahidan Kassim turut menggesa pemilihan parti dipercepatkan untuk mengelakkan krisis kepimpinan.

Terdapat gesaan untuk Zahid melepaskan jawatan presiden Umno, dengan Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz mengkritik kepimpinan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menjadikan Umno kelihatan lemah.

Nazri turut mengakui menjadi “dalang” mengumpul akuan bersumpah untuk menunjukkan Ahli Parlimen Barisan Nasional tidak lagi bersama Zahid.

Zahid, bekas timbalan perdana menteri, menghadapi 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana milik Yayasan Akalbudi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniKENYATAAN MEDIA TIMBALAN KETUA PENERANGAN KEADILAN Oleh: Razeef Rakimin Ahad 04 Disember 2022 SANUSI KETERLALUAN LABEL PENYOKONG SENDIRI SEBAGAI PENGEMIS, BODOH Saya...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 4 Dis – Terasa lucu pula bila membaca kenyataan Mahiaddin Md Yasin yang mengecam susunan kabinet Anwar Ibrahim sebagai paling mengecewakan...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 2 Dis – Subsidi dan pembaharuan fiskal dijangka menjadi cabaran paling besar kepada kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-10,...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 1 Dis – Meneliti perbualan telefon Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang merakamkan ucapan tahniah beberapa...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER