Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

3 Anggota Polis Antara 6 Ditahan Larikan Peti Besi Mengandungi RM400,000

Kongsikan Artikel Ini
ALOR SETAR: Tiga anggota polis antara enam ditahan dipercayai terbabit dalam kejadian rompakan dan melarikan peti besi mengandungi hampir RM400,000 daripada sebuah syarikat penghantaran di pusat bandar ini, Rabu lalu.
Ketiga-ketiga mereka yang berpangkat sarjan dan dua koperal itu ditahan di beberapa lokasi berasingan di daerah Kota Setar dalam serbuan pada Rabu dan Jumaat.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, terdahulu dalam kejadian jam 1.30 pagi Rabu itu, sekumpulan perompak memecah masuk premis berkenaan.
Kejadian disedari pengurus syarikat berkenaan yang membuat pemeriksaan selepas mendapati kamera rakaman litar tertutup (CCTV) tidak berfungsi sebelum menemui kesan umpil pada pintu utama premis terbabit.
Kamarul berkata, pengurus terbabit kemudian membuat laporan sebelum gerakan memburu suspek dilancarkan.
“Polis berjaya menahan seorang suspek iaitu orang awam tidak jauh dari lokasi kejadian pada jam 4 pagi hari sama.
“Susulan itu, polis menahan lima lagi suspek iaitu dua daripadanya orang awam Khamis lalu, manakala tiga anggota polis terbabit ditahan pada Jumaat.
“Kesemua mereka ditahan di rumah serta pejabat oleh pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah,” katanya pada sidang media di IPK Kedah di sini, hari ini.
Polis menemui semula wang tunai RM263,295 dan masih mengesan baki kira-kira RM130,000.
Beliau berkata, polis menemui semula wang tunai RM263,295 dan masih mengesan baki kira-kira RM130,000 serta dua lagi suspek.
Mengulas lanjut, Kamarul berkata, siasatan mendapati peti besi itu telah digergaji dan dikopak sebelum kesemua wang didalamnya dikeluarkan.
Kesemua suspek berusia 21 hingga 50 tahun itu telah direman bermula Jumaat sehingga 1 Julai ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati tiga suspek positif dadah, manakala tiga anggota terbabit negatif.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 29 Nov – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memulakan siasatan terhadap Tan Sri Abdul Hadi Awang selepas Presiden Pas itu...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 28 Okt – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diarahkan membela diri atas tuduhan pecah amanah jenayah, penyelewengan wang dan pengubahan...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 27 Okt – Penyandang kerusi parlimen Pekan, Najib Razak yang kini dipenjarakan, gagal dalam permohonannya untuk dibenarkan hadir di parlimen...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniLABUAN, 25 Okt – Seorang petugas imigresen didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah membabitkan RM4,750. Rafidah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER