Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Anwar – Jangan Lama Sangat Mengkaji Bantuan Untuk Rakyat!

Ketua Pembangkang merangkap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Foto: AP
Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan agar menyegerakan bantuan kepada rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

Menerusi ciapan di Twitternya, ketua pembangkang itu meminta kerajaan agar tidak mengambil masa yang lama untuk mengkaji bantuan yang akan diberikan.

“Jangan lama sangat mengkaji pak menteri. Hari-hari keluar berita rakyat hidup susah dan melarat. Beri mana yang boleh dulu. Sedikit tapi bermakna,” katanya.

Anwar memberi respon terhadap kenyataan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang memaklumkan kerajaan masih dalam proses perincian bantuan semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Tengku Zafrul dipetik sebagai berkata, kajian lebih lanjut turut dilakukan tentang langkah-langkah seterusnya yang boleh diperkenalkan untuk membantu kelangsungan rakyat dan perniagaan dalam mendepani cabaran sepanjang bulan-bulan yang akan datang.

Menurut Tengku Zafrul, PPN akan dijalankan secara berfasa dengan nilai ambang atau indikator-indikator utama yang perlu dicapai sebelum beralih dari satu fasa ke fasa yang seterusnya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Bermula 1 Januari depan, cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali pada era...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Rafizi Ramli menafikan dakwaan mengugut untuk ‘mencari’ Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER