Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Agong Bertindak Atas Nasihat PM Namun… – Pakar Perlembagaan

Pakar perlembagaan negara, Profesor Shad Saleem Faruqi - Foto: Twitter
Kongsikan Artikel Ini

PETALING JAYA, 25 Jun – Seorang pakar undang-undang perlembagaan berkata, Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selagi beliau mendapat sokongan dan keyakinan Dewan Rakyat.

Dalam ceramah dalam talian bertajuk “Understanding the Malaysian Constitution”, Pakar Perlembagaan, Profesor Shad Saleem Faruqi berkata, ini disebabkan peruntukan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan:

“Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.”

Katanya, walaupun Agong bertindak atas nasihat Perdana Menteri, definisi jawatan “perdana menteri” itu sendiri mesti diteliti.

“Adakah ia bermaksud sesiapa yang memegang jawatan itu, atau seseorang yang memegang jawatan berkenaan yang mempunyai sokongan ahli Dewan Rakyat?

“Walaupun Agong terikat dengan nasihat ‘Perdana Menteri’, perkataan itu sendiri membawa maksud Perdana Menteri yang mempunyai asas, keabsahan dan sokongan kukuh di Dewan Rakyat,” katanya, merujuk Perkara 43(4).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai peranan Agong dalam pembukaan semula Parlimen.

“Menurut Seksyen 14(1)(b) Ordinan Darurat, Parlimen akan dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada tarikh dianggap wajar oleh Agong.

Buktikan sokongan majoriti 112 kerusi di Parlimen walaupun dua kerusi (Batu Sapi dan Gerik) masih kosong – Foto: Facebook

“Jadi ramai kini berkata ia keputusan Agong, bukan Perdana Menteri. Pada pandangan saya, kuasa berkaitan darurat sekalipun adalah berdasarkan nasihat.

“Masalah sejak beberapa bulan kebelakangan ini adalah, ramai orang masih mentafsirkan Ordinan Darurat secara harfiah,” tambahnya.

Beliau berkata, walaupun Agong boleh meminta seseorang Perdana Menteri meletak jawatan malah memecatnya jika hilang sokongan Dewan Rakyat, Kabinet sekarang masih sah dengan jawatan itu disebabkan Ordinan Darurat.

“Menurut Seksyen 11, selagi darurat berkuat kuasa, Perdana Menteri dan Kabinet sedia ada sebelum pengisytiharan darurat akan terus melaksanakan kuasa eksekutif persekutuan ini.

“Sehingga 1 Ogos, Perdana Menteri dan Kabinet ini masih memegang jawatan mereka disebabkan ordinan berkenaan. Namun ini akan berubah sebaik darurat berakhir.”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 7 Dis – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan perlu mengambil tindakan segera dan mencari punca kekerapan berlakunya banjir kilat...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 4 Dis – Mesyuarat khas Kabinet yang akan berlangsung esok, dijangka memberi tumpuan khusus pada isu menangani kenaikan kos sara...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Dis – Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli dinamakan sebagai Menteri Ekonomi menggantikan bekas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 2 Dis – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) komited mempercepatkan kajian ke atas kerangka pengurusan kandungan dalam talian bagi...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER