Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Selepas Akmal, Kini Giliran Guan Eng Belasah Khairy

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin menjelaskan apa yang berlaku terhadap lima juta dos vaksin yang dihantar Kesatuan Eropah (EU) ke negara ini 15 Jun lalu.

Ahli Parlimen Bagan berkata, kesatuan itu sudah membuat penafian mengejutkan berhubung dakwaan Khairy bahawa EU membolot vaksin sedangkan mereka mendedahkan sudah meluluskan pengeksportan lebih lima juta dos bagi membantu Malaysia mempercepatkan PICK.

“Sekiranya EU tidak membolot vaksin seperti didakwa oleh Khairy, ini menimbulkan persoalan penting tentang apa yang terjadi pada lima juta dos tersebut dan bagaimana ia diberikan dan digunakan untuk rakyat.

“Jelas bahawa kerajaan PN menyalahkan semua orang kecuali mereka sendiri terhadap PICK yang lemah, salah urus pandemik Covid-19 dan krisis ekonomi,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan Ketua AMK Malaysia, Akmal Nasir di laman TikTok beliau, semalam

Lim berkata, kerajaan PN sangat tidak bertanggungjawab dan tidak kompeten apabila secara konsisten meneruskan naratif bahawa krisis kesihatan Covid-19, krisis ekonomi dan politik tidak ada kaitan dengan mereka.

Kenyataan beliau senada dengan Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir yang meminta Khairy berhenti menyalahkan orang lain atas kegagalannya sendiri menjamin bekalan vaksin secukupnya bagi menjayakan PICK.

Akmal berkata demikian dalam siaran di laman TikTok nya semalam.

Sementara itu, Guan Eng menambah, kegagalan untuk melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) yang konsisten, mempercepat kelulusan vaksin dan pelaksanaan segera PICK adalah tanggungjawab kerajaan PN sendiri.

“Namun, rakyat dan birokrasi telah dipersalahkan ke atas kegagalan dahsyat kerajaan PN.

“PN harus berani mengakui bahawa amalan dua darjat dalam penguatkuasaan antara VIP dan rakyat biasa serta pusingan U berulang dalam pematuhan SOP PKP telah mengakibatkan jumlah tertinggi jangkitan harian dan angka kematian,” katanya.

Bekas menteri kewangan itu berkata, dasar yang berubah-ubah antara kementerian mengenai ekonomi dan perniagaan mana yang boleh atau tidak boleh beroperasi semasa “total lockdown” memberi kesan buruk kepada perniagaan.

Katanya, penjawat awam juga dijadikan kambing hitam terhadap kelulusan vaksin yang perlahan dan pelaksanaan PICK yang lembab, sedangkan pemimpin kerajaan sendiri yang gagal mendapatkan vaksin lebih awal yang seterusnya mengakibatkan kelewatan penghantaran.


“Dan pihak yang paling baru disalahkan adalah EU yang telah menjawab berdasarkan fakta dan angka bahawa tuduhan itu tidak berasas. Sekiranya ini adalah yang terbaik yang dapat dilakukan oleh PN, maka tidak hairanlah berlakunya kehilangan keyakinan dan defisit kepercayaan orang ramai,” katanya.

Terdahulu, Khairy berkata kerajaan tidak dapat membuka pusat pemberian vaksin (PPV) mega lebih awal bagi mempercepat pemvaksinan penduduk berikutan bekalan vaksin Covid-19 yang diterima ketika itu tidak mencukupi.

Ini katanya, kerana pada peringkat awal dahulu, bekalan vaksin dibolot oleh negara EU termasuk Hungary, sekali gus menjejaskan kadar vaksinasi di Malaysia.

Bagaimanapun, Duta Besar EU ke Malaysia Michalis Rokas menolak dakwaan Khairy sebagai tidak berasas kerana EU pada 15 Jun, telah menghantar sejumlah 4.87 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech dan 560,000 dos vaksin AstraZeneca ke Malaysia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniISKANDAR PUTERI, 7 Dis – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta bergerak ke depan dan tidak menjadikan institusi diraja...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 7 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Bilal Erdogan, anak lelaki Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Tiada perubahan drastik dijangka dilaksana terhadap program berkaitan pemerkasaan Bumiputera yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Menteri...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Kementerian Ekonomi akan bekerjasama rapat dengan kementerian lain untuk menyediakan senario dan perancangan bagi memastikan Malaysia meraih pendapatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER