Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Kolum

Ketahui Maksud Sebenar ‘Tunggang Agama’ Inspirasi Daripada Pas

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 23 Jun – Ingin mengetahui tafsiran sebenar ‘tunggang agama’ yang kembali tular semenjak kebelakangan ini terutama apabila parti yang mengaku Islam, mempermainkan dan menggunakan agama sebagai alat politik untuk mendapatkan dan mempertahankan kuasa.

Pengarah Hal Ehwal Syariah, Parti Amanah Negara, Zolkharnain Abidin ada butiran lanjut beserta contohnya sekali.

Sebarkan.

– MEDIA RANIA

 

MAKSUD TUNGGANG AGAMA

Tunggang agama maknanya, guna agama untuk menghalalkan suatu perkara untuk geng sendiri, tapi mengharamkan perkara yang sama untuk orang lain.

Contoh 1

Hukum berkawan dengan orang bukan Islam. Parti sendiri berkawan dgn orang bukan Islam yang tolak hudud, halal. Parti lain berkawan orang bukan Islam yang kritik RUU 355, haram.

Contoh 2

Hukum sertai pakatan parti politik. Sokong pakatan politik yang ada parti dia, halal. Sokong pakatan politik yang tak ada parti dia, haram.

Bukti terbaharu kekecewaan ahli Pas sendiri terhadap prinsip dan dasar perjuangan pemimpin mereka – Foto: Facebook

Contoh 3

Menyertai jamaah Islam. Masuk parti dia, masuk jamaah Islam. Masuk parti lain, rungkai ikatan Islam dari tengkuk.

Contoh 4

Baca ayat Quran. Untuk parti dia yang berkawan dengan pengkhianat, dia baca “wa’tasimu bihablillah”. Untuk parti lain yang lawan pengkhianat, dia baca “walan tardha ‘anka al-Yahud”.

Contoh 5

Masa dia lawan Umno, dia baca “wala tarkanu ila allazina zalamu”. Masa dia berkawan dengan Umno, dia baca, “wata’awanu ‘ala al-bir wa al-taqwa”.

Banyak lagi contoh. Pakat² pikiaq ambiklah. Nak guna ayat Quran, sila. Nak bersyarah agama, sila. Nak pakai serban, sila.

Cuma, janganlah tunggang agama dan ayat Quran untuk halalkan, haruskan, syurgakan pihak sendiri. Tapi, haram, tak boleh dan nerakakan pihak lain.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniKENYATAAN MEDIA TIMBALAN KETUA PENERANGAN KEADILAN Oleh: Razeef Rakimin Ahad 04 Disember 2022 SANUSI KETERLALUAN LABEL PENYOKONG SENDIRI SEBAGAI PENGEMIS, BODOH Saya...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 4 Dis – Terasa lucu pula bila membaca kenyataan Mahiaddin Md Yasin yang mengecam susunan kabinet Anwar Ibrahim sebagai paling mengecewakan...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 2 Dis – Subsidi dan pembaharuan fiskal dijangka menjadi cabaran paling besar kepada kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-10,...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 1 Dis – Meneliti perbualan telefon Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang merakamkan ucapan tahniah beberapa...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER