Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Komuniti

Mengapa Perlu Dibebankan Mereka Yang Di Dalam Musibah? – Insaf Malaysia

Kongsikan Artikel Ini

BANTUAN FOODBANK SEMASA PKPD DI KAWASAN PPR DESA REJANG KUALA LUMPUR

Pertubuhan Bantuan Teknikal Insaf Malaysia (Insaf Malaysia), ROS No. 2825-11-WKL merupakan sebuah badan NGO yang menjalankan aktiviti bantuan kemanusiaan kepada golongan yang kurang bernasib baik akibat bencana alam dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan mengamalkan sistem 4 cluster (Perubatan-Medical, Perlindungan-Shelter, Makanan-Food dan Air Bersih-WASH).

Di bawah kluster Makanan-Food Insaf Malaysia menyediakan bantuan foodbank yang mengandungi makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, sardin dan sebagainya kepada golongan yang memerlukan.

Bantuan Foodbank ini diagihkan pada minggu ke-3 setiap bulan dimana Insaf Malaysia telah melaksanakannya selama 3 tahun berturut-turut.

Pegawai Insaf Malaysia cuba menerangkan masalah daripada NGO kepada pihak berkuasa

Pada tengahari Selasa, 22hb. Jun 2021, pihak logistik Insaf Malaysia membuat penghantaran bantuan Foodbank kepada 40 penerima yang tinggal di PPR Desa Rejang, Kuala Lumpur.

Kebiasaannya setiap bulan para penerima ini datang ke lokasi kami untuk mengambil bantuan tetapi disebabkan kawasan mereka telah di kenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 18hb. Jun sehingga 1hb. Julai 2021 menyebabkan mereka tidak dibenarkan keluar.

Pihak kami sedia maklum bahawa kawasan tersebut dikawal ketat oleh anggota-anggota keselamatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Perancangan kami adalah menyerahkan bantuan foodbank tersebut di satu kawasan yang dibenarkan tetapi malangnya, setibanya pihak kami ke kawasan tersebut, kami tidak dibenarkan berbuat demikian dan mendapat halangan dari En. Zainal dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Encik Zainal

Menurut En. Zainal lagi bantuan mesti diberikan kepada semua penduduk. Pihak kami tidak dapat berbuat demikian kerana penerima dari 40 keluarga ini adalah golongan yang amat memerlukan di mana maklumat mereka telah ditapis oleh Bahagian Kebajikan Insaf Malaysia dan penerima-penerima tersebut telah beberapa kali menerima bantuan dari Insaf Malaysia.

Objektif kami adalah meringankan beban keluarga yang memerlukan. Sekiranya pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat bersifat demikian terhadap NGO mereka secara tidak langsung telah menambahkan lagi beban kesusahan/musibah kepada mereka yang amat-amat memerlukan.

Persoalannya, di mana SOP yang mengatakan pihak NGO tidak dibenarkan memberi bantuan terutamanya sewaktu pandemik Covid-19 melanda ini?

Pihak kami sebagai wakil sebuah badan NGO memohon agar pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat mengemukan SOP tersebut.

Ishak Abdul Kadir
Pengasas/Presiden
Insaf Malaysia

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniKENYATAAN MEDIA TIMBALAN KETUA PENERANGAN KEADILAN Oleh: Razeef Rakimin Ahad 04 Disember 2022 SANUSI KETERLALUAN LABEL PENYOKONG SENDIRI SEBAGAI PENGEMIS, BODOH Saya...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 4 Dis – Terasa lucu pula bila membaca kenyataan Mahiaddin Md Yasin yang mengecam susunan kabinet Anwar Ibrahim sebagai paling mengecewakan...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 2 Dis – Subsidi dan pembaharuan fiskal dijangka menjadi cabaran paling besar kepada kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-10,...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 1 Dis – Meneliti perbualan telefon Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang merakamkan ucapan tahniah beberapa...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER