Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Hanya Yang Sudah Divaksin Boleh Hadir Piala Dunia 2022

Kongsikan Artikel Ini

DOHA, 22 Jun – Kerajaan Qatar hanya akan membenarkan individu yang telah menerima dos lengkap vaksin COVID-19 untuk menghadiri Piala Dunia, yang akan dianjurkan tahun depan.

Negara itu kini sedang dalam perbincangan untuk mendapatkan satu juta dos vaksin sekiranya berlaku kelewatan dalam program imunisasi global.

Qatar menjadi tuan rumah bagi kejohanan yang akan berlangsung selama empat minggu pada bulan November tahun depan, dengan kesemua perlawanan akan diadakan di stadium penuh.

Perdana Menterinya, Sheikh Khalid bin Khalifa bin Abdulaziz Al Thani memaklumkan Qatar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan penganjuran saingan itu dapat dilakukan tanpa mengabaikan garis panduan kesihatan.

Usaha mendapatkan satu juta dos vaksin itu adalah untuk diberikan kepada individu yang belum diimunisasi, yang akan masuk ke negara itu untuk menyaksikan perlawanan.

Setakat ini sekurang-kurangnya 2.8 juta dos vaksin telah diberikan kepada penduduk Qatar.

– BERNAMA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniKYIV, 5 Dis – Kira-kira 507 kawasan di lapan wilayah masih tiada bekalan elektrik pada Ahad setelah grid kuasa utama menjadi sasaran...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniBEIJING, 5 Dis – China bersedia untuk mengumumkan pelonggaran lebih lanjut bagi beberapa sekatan Covid-19 yang paling sukar di dunia seawal Rabu...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniNEW YORK, 4 Dis – Kotaraya New York mencari individu berminat untuk menjadi ‘pembunuh’ tikus jalanan. Portal Sky News melaporkan, Datuk Bandarnya,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPADANG BESAR, 3 Dis – Perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Hatyai ke Padang Besar, Malaysia tergendala selepas landasan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER