Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Takiyuddin Hina Agong: KEADILAN Johor Bahru Buat Laporan Polis

Kongsikan Artikel Ini

JOHOR BAHRU, 21 Jun – Takiyuddin mesti diambil tindakan segera!

Satu laporan polis telah dibuat semalam oleh Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Johor Bahru terhadap Datuk Takiyuddin Hassan susulan kenyataan beliau yang seolah-olah tidak mempedulikan titah YDPA dan Raja-raja Melayu yang mahukan Parlimen bersidang segera.

Takiyuddin merupakan menteri undang-undang merangkap Setiausaha Agung Pas.

Menurut Akmal Nasir, Ahli Parlimen Johor Bahru, KEADILAN merasa bertanggungjawab melaporkan penghinaan Takiyuddin tersebut kepada pihak berkuasa.

“Daripada penebuk atap, adakah kini ingin menjadi penderhaka?,” tanya beliau dalam hantaran terbaharu di laman Facebooknya hari ini.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia itu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Mohd Salleh Ahmad, Timbalan Ketua Cabang merangkap Penyelaras DUN Larkin, Encik Taufiq Ismail, Setiausaha Pengelola dan rakan-rakan #KEADILANJB atas laporan berkenaan.

Difahamkan, lebih daripada 100 laporan polis telah diterima setakat ini dari pelbagai pertubuhan dan parti politik di seluruh negara.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Bermula 1 Januari depan, cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali pada era...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Rafizi Ramli menafikan dakwaan mengugut untuk ‘mencari’ Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER