Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Alasan Baru: Kaedah Sidang Parlimen Ditentukan Jawatankuasa Pula…

Kongsikan Artikel Ini
Sebuah jawatankuasa dibentuk untuk meneliti aspek-aspek penting sebelum persidangan Parlimen diadakan.
Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin berkata jawatankuasa itu akan mengambil kira sama ada persidangan Parlimen boleh dibuat secara fizikal atau secara hibrid.
“Perkara pertama adalah soal boleh atau tidak (bersidang) buat secara fizikal.
“Sekiranya tidak boleh, adakah kita boleh melakukannya secara hibrid, ini ada dua perkara.
“Apa-apa pun ia mesti merujuk kepada peraturan (Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat) sama ada boleh ke buat?
“Jika kita buat secara hibrid, sebagai contoh, adakah ini selari dengan peruntukan dalam peraturan tetap?” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Ahad.
Katanya kerajaan perlu memperhalusi semua perkara bagi mengelak timbul masalah selepas perlaksanaannya.
“Saya minta jawatankuasa yang dianggotai wakil-wakil kerajaan dan pembangkang untuk nilai perkara tersebut dan selepas itu barulah mereka maklumkan kepada saya samada sudah bersedia atau tidak untuk memulakan sidang Parlimen,” katanya.
Selain itu, jelasnya wujud juga keperluan untuk mengambil kira soal persiapan Parlimen bagi urusan persidangan secara fizikal itu sendiri termasuklah aturan tempat duduk Ahli Parlimen yang perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniISKANDAR PUTERI, 7 Dis – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta bergerak ke depan dan tidak menjadikan institusi diraja...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 7 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Bilal Erdogan, anak lelaki Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Tiada perubahan drastik dijangka dilaksana terhadap program berkaitan pemerkasaan Bumiputera yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Menteri...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Kementerian Ekonomi akan bekerjasama rapat dengan kementerian lain untuk menyediakan senario dan perancangan bagi memastikan Malaysia meraih pendapatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER