Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

TERKINI – Palestin Terus Bermaruah!

Kongsikan Artikel Ini

RAMALLAH, 19 Jun – Muktamad. Tidak perlu bantuan dari musuh.

Pihak Berkuasa Palestin (PA) membatalkan perjanjian untuk menerima bekalan vaksin Covid-19 yang menghampiri tarikh luput dari Israel.

Menurut Kementerian Kesihatan PA, tindakan itu selepas penghantaran awal Israel menunjukkan tarikh luput itu lebih awal berbanding yang telah dipersetujui.

Semalam, Isreal dan PA mengumumkan perjanjian pertukaran vaksin Covid-19.

Perjanjian itu menyaksikan Israel menghantar kira-kira 1.4 juta dos vaksin keluaran Pfizer-BioNTech kepada PA dan sebagai pertukaran mengambil semula sejuta dos vaksin Pfizer baharu yang bakal dihantar kepada PA pada akhir tahun ini.

Mahiaddin MESTI UNDUR SEGERA!

Pejabat Perdana Menteri Israel yang baharu dilantik, Naftali Bennett menerusi kenyataan mengumumkan mengenai perjanjian itu dengan menyatakan bekalan dos vaksin Covid-19 tersebut bakal tamat tarikh luput.

Menurut PA, perjanjian itu dipersetujui bagi mempercepatkan proses vaksinasi di Tebing Barat dan Gaza.

“Mereka memaklumkan bahawa tarikh luput vaksin tersebut adalah pada Julai atau Ogos yang akan memberi kami banyak masa untuk proses vaksinasi nanti.

“Namun, kami mendapati tarikh luputnya adalah pada bulan Jun ini. Sudah tentu tidak cukup masa untuk menggunakannya, jadi kami menolak vaksin tersebut,” kata Menteri Kesihatan PA, Mai Alkaila kepada pemberita.

Sebelum ini, Israel dikritik hebat kerana tidak berkongsi bekalan vaksin dengan 4.5 juta penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza.

– REUTERS/AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniBEIJING, 5 Dis – China bersedia untuk mengumumkan pelonggaran lebih lanjut bagi beberapa sekatan Covid-19 yang paling sukar di dunia seawal Rabu...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniNEW YORK, 4 Dis – Kotaraya New York mencari individu berminat untuk menjadi ‘pembunuh’ tikus jalanan. Portal Sky News melaporkan, Datuk Bandarnya,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPADANG BESAR, 3 Dis – Perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Hatyai ke Padang Besar, Malaysia tergendala selepas landasan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSHANGHAI, 1 Dis – Dua bandar terbesar China, Guangzhou dan Chongqing, mengumumkan pelonggaran sekatan pergerakan COVID-19 bermula semalam. Ini dibuat sehari selepas...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER