Parlimen Perlu Bersidang 19 Julai Ini Elak Krisis Perlembagaan
Published
Kongsikan Artikel Ini
Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin tidak boleh terus berlengah mengadakan Mesyuarat Khas Kabinet untuk memanggil sidang Parlimen pada 19 Julai ini atau berdepan kemungkinan berlakunya krisis Perlembagaan.
Menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, masa semakin suntuk untuk Muhyiddin mengadakan Mesyuarat Khas Kabinet bagi memanggil sidang Parlimen memandangkan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat memerlukan notis sekurang-kurangnya 28 hari sebelum persidangan bermula.
“Perkara ini bermakna esok 20 Jun 2021 adalah tarikh akhir untuk Perdana Menteri memanggil sidang Dewan Rakyat pada 19 Julai dengan menghormati peruntukan Peraturan Mesyuarat ini,” katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.
Tambah Kit Siang, sekiranya Kabinet hanya bermesyuarat pada hari Rabu, iaitu 23 Jun 2021, ia tidak akan dapat memanggil sidang Parlimen pada 19 Julai dan pada masa yang sama menghormati peruntukan Peraturan Mesyuarat.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan pada 16 Jun berkata, Raja-Raja Pemerintah menyokong dan senada dengan pendirian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menitahkan agar Parlimen bersidang secepat mungkin.
Raja-raja Melayu bertitah bahawa perkara itu penting bagi menghormati mekanisme semak dan imbang sebagai antara cabang eksekutif, cabang legislatif dan cabang kehakiman untuk menjamin berlakunya tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab kepada rakyat terutama dalam hal ehwal kewangan dan perbelanjaan negara.
Mengulas lanjut, Kit Siang berkata Perdana Menteri dan Menteri-menteri lain dalam Perikatan Nasional masih belum menyatakan tafsiran “secepat mungkin” mereka dalam konteks ini.
Selain daripada pimpinan Pas, tidak ada sesiapa yang lain yang kelihatan seperti mempunyai masalah untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh Yang di Pertuan Agong sebagai “secepat mungkin”. Mengapakah begini?,”soal Kit Siang.
Katanya sebarang tafsiran berbeza terhadap “secepat mungkin” yang dititahkan oleh Yang di Pertuan Agong hanya akan memecah belahkan rakyat Malaysia.
Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 2 Feb – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini dibubarkan pada 1...
Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Feb – Semua kerajaan negeri digalak untuk mencalonkan kawasan tanah lembap yang berpotensi sebagai tapak Ramsar yang baharu, kata Menteri...
Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), salah satu...
Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah menghadiri sesi taklimat mengenai Prospek, Cabaran dan Keutamaan Dasar Ekonomi sempena lawatan...