Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

TERKINI – Benarkah Azmin Hubungi Rafizi?

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Benarkah dakwaan Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa dirinya dihubungi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali?

Paling memeningkan kepala, untuk apa pula Azmin minta bantuan daripada Rafizi yang menjadi musuhnya semasa merebut jawatan timbalan presiden parti itu pada 2018?

Rupanya, Rafizi menafikan dakwaan sedemikian di Twitternya sebentar tadi.

“Whatsapp bahawa Azmin hubungi saya berlegar. Ramai yang dok mesej tanya. Setakat ini yang hubungi saya hanyalah ex-boyfriend kucing saya,” katanya di Twitter.

Rafizi turut berkongsi mesej WhatsApp tular itu di Twitternya. Asal usul mesej itu tidak dapat disahkan.

Antara lain mesej itu dipetik, “Selepas nadanya semalam yang menyokong saranan YDPA agar Dewan Parlimen dibuka dengan segara, Azmin menjelaskan “saya telah menghubungi beberapa orang otai reformasi semasa kami sama-sama berjuang untuk reformasi dulu. Antaranya Ezam dan Rafizi.”


Rafizi, dalam ciapannya, turut meminta orang ramai tidak mempercayai perang psikologi politik.

“Jangan percaya macam-macam psywar politik,” kata Rafizi dalam ciapan itu.

Rafizi dan Azmin dilihat sebagai seteru politik dan hubungan tegang antara mereka dalam PKR diketahui umum.

Azmin adalah timbalan presiden PKR sebelum keluar parti itu susulan perbalahan terbukanya dengan Anwar Ibrahim.

Azmin kini menjadi menteri kanan dalam kabinet Muhyiddin Yassin dan dilihat antara penggerak utama “Langkah Sheraton” tahun lalu yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada 24 Februari 2020 selepas berkuasa 22 bulan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 4 Dis – Mesyuarat khas Kabinet yang akan berlangsung esok, dijangka memberi tumpuan khusus pada isu menangani kenaikan kos sara...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Dis – Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli dinamakan sebagai Menteri Ekonomi menggantikan bekas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 2 Dis – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) komited mempercepatkan kajian ke atas kerangka pengurusan kandungan dalam talian bagi...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 30 Nov – Majlis Raja-Raja Melayu menggesa kerajaan baru untuk menyemai “semangat kebersamaan” dalam kalangan rakyat Malaysia. Yang di-Pertuan Besar...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER