Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Parlimen Bersidang Segera Bermaksud Sebelum Darurat Tamat

Kongsikan Artikel Ini

Titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa persidangan parlimen perlu diadakan secepat mungkin, membawa maksud ia perlu diadakan sebelum tamatnya darurat, kata Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, ini dapat difahami daripada hasrat Agong bahawa ahli-ahli Dewan Rakyat harus membahaskan Ordinan Darurat dalam persidangan yang akan diadakan nanti.

Dia memetik kenyataan Istana Negara pada Rabu lalu yang berbunyi: “Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa persidangan parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Ini untuk membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat.”

“Abim berpandangan bahawa berasaskan titah yang dikeluarkan, mengisyaratkan bahawa parlimen harus bersidang segera iaitu sebelum tamatnya tempoh darurat.

Pandangan sama turut diutarakan bekas speakar Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof sebelum ini yang mengulas kenyataan Istana Negara, bahawa sidang parlimen perlu diadakan tanpa menunggu darurat tamat pada 1 Ogos.

Muhammad Faisal menambah, titah Agong itu merupakan satu penzahiran bahawa negara sedang berdepan situasi yang “amat kritkal” akibat kegagalan kerajaan menyelesaikan masalah dihadapi dengan baik.

Darurat berkuat kuasa dari 11 Jan ke 1 Ogos dan tertakluk pada perubahan dan kemungkinan untuk dilanjutkan. Bagaimanapun, Raja-raja Melayu berpendapat tiada keperluan meneruskan darurat selepas 1 Ogos.

Semalam Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata kerajaan mengambil maklum akan titah Yang di-Pertuan Agong agar parlimen bersidang secepat mungkin.

Kenyataan itu dibuat PMO hampir 24 jam selepas Istana Negara mengeluarkan titah Al-Sultan Abdullah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniSama ada 8, 11, 12 atau 14 Ahli Parlimen UMNO yang telah menarik sokongan terhadap kerajaan PN, ia tetap menyebabkan Mahiaddin Md...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPH iaitu PKR, DAP Amanah mempunyai jumlah 89 kerusi Parlimen. UPKO (1 kerusi – Madius Tangau) dan PSB (dua kerusi -Baru Bian...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniBelum pernah dalam sejarah Malaysia merdeka melihat kebiadaban terbuka yang keterlaluan dan berterusan terhadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPemimpin korup sangat takut kepada rakyat yang celik. Pesan Al-Imam Abdul Rahman Al-Kawakibi:- إن خوف المستبد من نقمة رعيته أكثر من خوفهم...

Copyright © 2021 Media Rania