Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Wajar Panggil Segera Sidang Parlimen, Jangan Dolak-Dalih Lagi..!

Mahiaddin MESTI UNDUR SEGERA!
Kongsikan Artikel Ini

Kerajaan wajar memanggil sidang Parlimen dengan kadar segera dan tidak perlu berdolak-dalih dengan memberi alasan terhadap kenyataan Yang di-Pertuan Agong, kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

Beliau berkata, pengumuman Putrajaya menerusi Pelan Pemulihan Negara yang mengatakan Parlimen boleh dibuka menjelang Sept atau Okt bukan satu kepastian dan tertakluk kepada pelbagai syarat seperti pengurangan kes serta kadar vaksinasi.

Mohamad berkata, beliau menyeru dengan tegas supaya titah dan hikmah Yang di-Pertuan Agong diterjemahkan segera dan mempolitikkan titah baginda tidak akan membantu memulihkan negara dengan pantas.

“Apa jua alasan untuk melengahkan pembukaan Parlimen bukan sahaja tindakan antidemokrasi tetapi menyinggung kemuliaan dan kebijaksanaan institusi Raja yang bebas dan berada di atas politik,” tambah beliau.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong berpandangan sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin untuk membahaskan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.

Dalam kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Sultan Abdullah menyedari peranan penting Parlimen untuk membincangkan isu berkaitan Covid-19.

Pendirian Agong itu memperoleh sokongan Raja-raja Melayu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 7 Dis – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan perlu mengambil tindakan segera dan mencari punca kekerapan berlakunya banjir kilat...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 4 Dis – Mesyuarat khas Kabinet yang akan berlangsung esok, dijangka memberi tumpuan khusus pada isu menangani kenaikan kos sara...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Dis – Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli dinamakan sebagai Menteri Ekonomi menggantikan bekas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 2 Dis – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) komited mempercepatkan kajian ke atas kerangka pengurusan kandungan dalam talian bagi...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER