Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

‘September Atau Oktober Tidak Termasuk Dalam Takrifan Segera’ – Pengerusi MPN KEADILAN Wilayah Persekutuan

Pengerusi MPN KEADILAN Wilayah Persekutuan, Zahir Hasaan
Kongsikan Artikel Ini

Saya telah membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja dan juga Penyimpan Mohor Besar Raja-raja sebentar tadi.

Ada 3 perkara penting untuk ditekankan di sini;

1. Pembukaan sidang Parlimen dengan segera

2. Tiada keperluan menyambung darurat

3. Perlu sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh

Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin tidak mampu untuk menyediakan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil. Umum tahu beliau tidak mempunyai majoriti di Parlimen.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga telah menyatakan sejak 24 Februari 2021, Parlimen boleh bersidang waima dalam tempoh darurat.

Klik gambar untuk mengikuti Facebook rasmi Zahir Hassan, Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan

 

Kerajaan juga mahukan darurat disambung selepas tamat tempoh pada 1 Ogos nanti.

Nyata dari 3 perkara besar ini, ianya tidak selari dengan Perdana Menteri dan Kerajaan Perikatan Nasional.

Oleh itu, seperti yang telah dititahkan, Parlimen perlu bersidang seberapa segera walaupun Menteri Undang-Undang cuba bersilat dengan mengatakan tiada tarikh spesifik di dalam 2 kenyataan tadi.

Beliau perlu ingat, bulan September atau Oktober tidak termasuk dalam takrifan segera pada konteks ini. Jangan berani menderhaka kepada Raja-raja Melayu!

Kemelut ekonomi, kesihatan, dan politik negara harus segera ditangani. Kapal yang hampir karam harus ditinggalkan supaya kapal dan nakhoda baru dapat masuk mengemudi.

ZAHIR HASSAN
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN)
KEADILAN Wilayah Persekutuan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 7 Dis – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan perlu mengambil tindakan segera dan mencari punca kekerapan berlakunya banjir kilat...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 4 Dis – Mesyuarat khas Kabinet yang akan berlangsung esok, dijangka memberi tumpuan khusus pada isu menangani kenaikan kos sara...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Dis – Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli dinamakan sebagai Menteri Ekonomi menggantikan bekas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 2 Dis – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) komited mempercepatkan kajian ke atas kerangka pengurusan kandungan dalam talian bagi...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER