Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Junjung Titah YDPA Buka Parlimen Segera! – Pengerusi MPN KEADILAN Johor

Kongsikan Artikel Ini

KENYATAAN MEDIA

17 JUN 2021

1. Saya dengan rendah diri menjunjung kasih atas keprihatinan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu terhadap pasak demokrasi dalam negara ini.

2. Tiada terbinanya keadilan dan kesaksamaan tanpa tiang semak dan imbang dalam sesebuah negara. Situasi kritikal menghadapi pandemik ini bahkan menuntut agar sistem demokrasi berparlimen ini menjadi kunci ke arah negara yang bebas bahana penyakit dan kewangan.

Syed Ibrahim Syed Noh

Pengerusi MPN KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh

3. Titah dari Istana begitu jelas mengingatkan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Seluruh ahli parlimen bahkan rakyat semuanya memerhati dan memahami bahawa peringatan yang disebut sebanyak dua kali oleh Seri Paduka Baginda ini membawa makna yang segera.

4. Sebagai sebuah kerajaan yang terbukti lemah dan cuak, ternyata strategi menutup pintu parlimen serta bermain dengan perintah darurat semata-mata bersifat politik dan keji.

5. Mengambil semangat titah Seri Paduka Baginda yang mengutamakan situasi kesihatan dan ekonomi rakyat, buka parlimen sesegera mungkin! Bentangkan segala pelan dan tindakan dan kita bahaskan!

SYED IBRAHIM SYED NOH
Ahli Parlimen Ledang
Pengerusi KEADILAN Negeri Johor

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 4 Dis – Mesyuarat khas Kabinet yang akan berlangsung esok, dijangka memberi tumpuan khusus pada isu menangani kenaikan kos sara...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Dis – Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli dinamakan sebagai Menteri Ekonomi menggantikan bekas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 2 Dis – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) komited mempercepatkan kajian ke atas kerangka pengurusan kandungan dalam talian bagi...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 30 Nov – Majlis Raja-Raja Melayu menggesa kerajaan baru untuk menyemai “semangat kebersamaan” dalam kalangan rakyat Malaysia. Yang di-Pertuan Besar...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER