Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

China Berjaya Lancarkan Shenzhou-12 Ke Angkasa Lepas

Kapal angkasa pembawa angkasawan Shenzhou-12 berjaya dilancarkan di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan China pada 9.22 pagi Khamis sebelum dihantar ke orbit mengikut jadual. Foto AFP
Kongsikan Artikel Ini

JIUQUAN, 17 Jun – Kapal angkasa pembawa angkasawan Shenzhou-12 berjaya dilancarkan di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan China pada 9.22 pagi Khamis sebelum dihantar ke orbit mengikut jadual.

Kejayaan pelancaran kapal angkasa yang membawa tiga angkasawan itu dianggap selangkah lagi kemajuan dalam misi penubuhan Stesen Angkasa Lepas China.

Misi angkasa lepas Shenzhou-12 kali ini turut disifatkan sebagai projek penerbangan angkasa lepas yang membawa angkasawan pertama sewaktu pembinaan Stesen Angkasa Lepas China dan misi penerbangan keempat ketika menguji teknologi penting berkaitan dengan pembinaan dan pengoperasian stesen angkasa lepas.

Ketiga-tiga angkasawan tersebut dijadualkan berada di angkasa lepas selama tiga bulan untuk menjalankan misi seperti menyelenggara dan membaik pulih kemudahan serta menggantikan peralatan di luar kenderaan kapal angkasa lepas.

Kapal angkasa pembawa angkasawan Shenzhou-12 merupakan kapal angkasa lepas dengan standard rekaan tertinggi oleh China dan paling baik prestasinya setakat ini.

Difahamkan kapal angkasa tersebut terdiri tiga modul melibatkan modul orbit, kapsul kemasukan semula dan modul perkhidmatan belakang, selain turut dilengkapi 14 sistem cawangan.

Sementara itu, roket pembawanya, Long March-2F Y12 pula telah dinaikkan taraf dari segi kredibiliti dan kebolehsesuaian bagi menjayakan misi pelancarannya yang ke-14.

– Bernama

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniKYIV, 5 Dis – Kira-kira 507 kawasan di lapan wilayah masih tiada bekalan elektrik pada Ahad setelah grid kuasa utama menjadi sasaran...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniBEIJING, 5 Dis – China bersedia untuk mengumumkan pelonggaran lebih lanjut bagi beberapa sekatan Covid-19 yang paling sukar di dunia seawal Rabu...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniNEW YORK, 4 Dis – Kotaraya New York mencari individu berminat untuk menjadi ‘pembunuh’ tikus jalanan. Portal Sky News melaporkan, Datuk Bandarnya,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPADANG BESAR, 3 Dis – Perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Hatyai ke Padang Besar, Malaysia tergendala selepas landasan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER