Nasional

Parlimen: Zahid Terus Belasah Mahiaddin

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak pasti apa kaitan 40 peratus populasi negara ini menerima dua dos suntikan vaksin yang dianggarkan sekitar bulan September atau Oktober 2021 dengan kebenaran untuk Parlimen bersidang.

Tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menetapkan sidang Parlimen hanya boleh diadakan selepas negara memasuki fasa tiga Pelan Pemulihan Negara dilihat tidak masuk akal.

Katanya, sidang Parlimen sepatutnya sudah selamat diadakan memandangkan barisan Ahli Parlimen telah lama menerima suntikan vaksin Covid-19.

“Mengelirukan apabila dimaklumkan pada fasa tiga semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali bagi aktiviti yang tersenarai dalam senarai negatif.

“Senarai negatif fasa tiga yang tidak dibenarkan beroperasi merujuk kepada aktiviti berisiko tinggi jangkitan Covid-19 termasuk pub, spa dan salon kecantikan.

“Adakah ini bermakna Parlimen yang merupakan lambang demokrasi negara diletakkan dalam senarai negatif yang sama seperti pub, spa dan salon kecantikan?,” soalnya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sidang Parlimen boleh diadakan dalam fasa ketiga pemulihan iaitu sekitar September atau Oktober dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menurut beliau, perkara itu merupakan pendirian beliau sejak awal bahawa sistem Demokrasi Berparlimen boleh berfungsi semula pada masa yang sesuai iaitu setelah kes-kes Covid-19 terkawal dan negara hampir mencapai imuniti berkelompok.

Dalam kenyataan sama, beliau turut mempersoalkan pihak yang sebenarnya sengaja cuba menimbulkan keresahan dan kecelaruan dalam kalangan rakyat berkenaan prinsip demokrasi berparlimen.

Justeru beliau menggesa, Parlimen untuk kembali bersidang secepat mungkin sebagai tonggak demokrasi terpenting di Malaysia.

“Parlimen sebagai sebuah badan legislatif mewakili suara serta hak rakyat dan badan perundangan tertinggi di Malaysia.

“Parlimen sebagai proses semak dan imbang terhadap perbelanjaan serta pentadbiran negara supaya ia telus dan jujur demi kepentingan rakyat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 2 Feb – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini dibubarkan pada 1...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Feb – Semua kerajaan negeri digalak untuk mencalonkan kawasan tanah lembap yang berpotensi sebagai tapak Ramsar yang baharu, kata Menteri...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), salah satu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah menghadiri sesi taklimat mengenai Prospek, Cabaran dan Keutamaan Dasar Ekonomi sempena lawatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER

Exit mobile version