Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Parlimen Wajar Bersidang Sebelum Tamat Darurat

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Bekas speakar Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof berkata, parlimen mesti bersidang dengan kadar segera tanpa perlu menunggu darurat tamat pada 1 Ogos.

Mohamad Ariff berkata demikian sebagai mengulas kenyataan rasmi Istana Negara dan kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

“Pada pendangan saya, adalah wajar dan sesuai untuk Perdana Menteri dan kabinet seterusnya memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil Parlimen untuk bersidang dengan kadar segera sebelum berakhirnya tempoh darurat sekarang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Petang tadi, Raja-Raja Melayu sependapat bahawa tiada keperluan meneruskan darurat selepas 1 Ogos.

Keputusan itu dicapai selepas Raja-Raja Melayu menghadiri perbincangan khas di Istana Negara hari ini.

Susulan perbincangan itu, Agong turut mengeluarkan kenyataan menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Mengulas lanjut, Mohamad Ariff berkata Seri Paduka Baginda menyuarakan pendapat yang jelas bahawa parlimen adalah platform penting untuk membincangkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.

Selain itu, katanya, parlimen juga penting bagi meneliti perbelanjaan – perbelanjaan untuk menangani pandemik dan kesempitan rakyat.

“Pendapat yang diberikan adalah amat wajar dan tepat sambil mencerminkan fungsi Agong di bawah Perlembagaan Malaysia, iaitu merangkumi hak Baginda untuk mendapat maklumat, dirunding dan memberi nasihat kepada Perdana Menteri dan Kabinet dalam hal-hal negara.

“Apa yang disarankan juga selari dengan kehendak penting Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, ia itu Pengisytiharan Darurat dan Ordinan-Ordinan di bawahnya hendaklah dibentangkan di Parlimen.

“Ini semestinya bermakna sebelum tamatnya tempoh Darurat sekarang iaitu 1 Ogos 2021,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Bermula 1 Januari depan, cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali pada era...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Rafizi Ramli menafikan dakwaan mengugut untuk ‘mencari’ Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER