Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Kurang Subsidi Upah Makin Burukkan Ekonomi Rakyat – Chean Chung

Kongsikan Artikel Ini

KUANTAN, 16 Jun – Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung berkata,  Pengenalan Program subsidi upah yang diumumkan kerajaan dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 atau lockdown kali ini dianggap tidak mencukupi bagi menampung kehilangan pendapatan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk sebulan.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu menambah amaun subsidi upah daripada RM600 yang diumumkan kepada jumlah yang lebih munsabah bagi menampung kekurangan hasil PKS sepanjang bulan Jun.

“‘Total Lockdown’ yang sepatutnya tamat pada 14 Jun telah dilanjutkan untuk dua minggu lagi. Walaupun pelanjutan PKP sangat penting bagi menangani jumlah kes Covid-19 harian yang melebihi 5000 kes setiap hari, tetapi saya khuatir industri bagi kategori bukan dalam perkhidmatan perlu, terutamanya PKS tidak dapat lagi terus bertahan.

“Berbanding dengan tempoh sama pada tahun 2020, industri peruncitan di Malaysia mencatat kadar pertumbuhan negatif sebanyak 9.9%. Laporan Industri Peruncitan di Malaysia juga menyatakan harapan pemulihan dalam jualan semakin malap selepas kes Covid-19 harian baru-baru ini mencecah rekod baru.

“Kerajaan PN yang telah mengumumkan perlaksanaan Program Subsidi Upah (PSU) sebanyak RM600 untuk sebulan sebelum pengumuman perlanjutan 14 hari PKP 3.0. Bagaimanapun, jumlah subsidi tersebut adalah tidak mencukupi sekarang kerana kebanyakan PKS perlu bertahan selama 14 hari lagi tanpa sebarang pendapatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Chean yang juga ADUN Semambu menjelaskan, PKS kini terpaksa menghadapi kekurangan jualan sebelum lockdown dan kini ketiadaan pendapatan untuk sebulan.

Oleh itu, beliau mencadangkan agar amaun subsidi upah ditambah kepada RM1,200 bagi bulan Jun. Hal itu, katanya, untuk mengimbangi ketiadaan pendapatan dan kos selain gaji yang perlu ditanggung PKS.

“Sebagai contoh, satu peruncit tempatan yang berjenama mempunyai 20 cawangan dengan setiap cawangan mempunyai 6 pekerja dengan purata gaji bulanan setiap pekerja adalah sebanyak RM 1800.

“Selepas tolak subsidi upah sebanyak RM 600, peruncit tempatan masih perlu menanggung beban tambahan sebanyak RM 144,000 tanpa sebarang pendapatan bagi penutupan selama 4 minggu atau sebulan ini.

“Jangan lupa, ia hanya kos minimum kerana tidak termasuk pekerja pentadbiran, pekerja logistik dan kos operasi pejabat serta kos kewangan yang lain.

“Melihat kepada prospek yang amat mencabar dan kerapuhan PKS, saya menggesa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meningkatkan Program Subsidi Upah (PSU) kepada RM 1200 sekurang-kurangnya kepada sektor yang bukan perkhidmatan perlu untuk melindungi pekerjaan dan perusahaan tempatan,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, peningkatan amaun tersebut adalah wajar dan setara dengan amaun yang dikeluarkan pada PSU 1.0 pada tahun lepas.

Pada asasnya, kata beliau, Kerajaan PN harus mengakui kegagalan mereka yang menyebabkan berlaku gelombang jangkitan kedua dan ketiga serta melaksanakan tindakan pampasan yang sepatutnya. Jangan menjadikan PKS dan pekerja-pekerjanya sebagai satu-satunya mangsa dalam menangani krisis kali ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 3 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mendedahkan beliau adalah seorang daripada yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan KEADILAN merundingkan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 1 Dis – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sedia bekerjasama dan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Dis – Aliran positif matawang negara menunjukkan petanda pengukuhan ekonomi negara semakin baik dalam masa seminggu selepas Datuk Seri...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER