Sukan

Jerman Tanggung Aib Terbesar EURO 2020

Kongsikan Artikel Ini

MUNICH, 16 Jun – Gergasi bola sepak dunia, Jerman menanggung aib terbesar dalam kempen EURO 2020 setelah tewas 1-0 apabila pemain pertahanannya, Mats Hummel menendang masuk ke gawang sendiri bola hantaran daripada pemain Perancis, Lucas Hernandez kepada Kylian Mbappe.

Kesilapan pada minit ke 20 itu menyebabkan Jerman tewas di tempat lawan ketika menentang Juara Piala Dunia 2018 itu di Stadium Football Arena, Munich dalam aksi peringkat Kumpulan F yang bermula hari ini.

Susulan kesilapan itu, Jerman terus berhadapan kebuntuan untuk mencari gol walaupun cubaan demi cubaan dilakukan dan dalam masa sama menguasai 62 peratus perlawanan dengan 10 serangan terhadap Perancis.

Walau bagaimanapun, perlawanan pada babak kedua lebih menarik apabila Perancis sepatutnya meraih dua gol tambahan, namun percaturan mereka tersilap apabila hantaran dibuat dua masa berbeza itu menyebabkan ofsaid.

Mbappe sudahpun meraikan gol kedua pasukannya pada minit ke 52 sebelum penjaga garisan mengangkat bendera memberitahu ofsaid. Mbappe ketika itu menggelecek bola ke dalam petak penalti sebelum membawanya ke arah tengah dan meledak gawang lawan.

Kemudian Perancis sekali lagi berada pada kedudukan ofsaid apabila ledakan gol daripada pemain hadapan, Karim Benzema pada minit ke 85 dinafikan.

Bagaimanapun semakan itu dilakukan menerusi video bantuan pengadil (VAR) dan ofsaid disahkan kira-kira dua minit kemudian.

Sebelum itu, bola berada dalam padang Perancis ketika pemain Jerman berusaha mencari peluang menembusi kubu tuan rumah. Namun bola berjaya dipintas pemain pasukan kendalian Didier Deschamps sebelum berlaku hantaran di dalam padang Jerman ketika Mbappe dan Benzema berhada di bahagian hadapan.

Benzema yang menerima bola itu terus ke gawang lawan dan menendang masuk melepasi penjaga gol Jerman, Manuel Neuer. Bagaimanapun ketika itu, penjaga garisan tidak mengangkat bendera menyebabkan mereka sempat meraikan gol sebelum disahkan ofsaid.

Bagaimanapun, Jerman menghadapi jalan sukar untuk terus bersaing dalam kumpulannya apabila berada pada kedudukan sama dengan Hungary yang tidak mengutip sebarang mata dalam permulaan Kumpulan F itu.

Dalam perlawanan seterusnya, Jerman dijadual bertemu Portugal di Stadium Football Arena, Munich sementara Perancis pula akan menentang Hungary di Stadium Puskas Arena, Budapest pada Sabtu ini.

– AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniMADRID, 3 Feb – Gergasi Sepanyol, Real Madrid mengurangkan kelebihan Barcelona di persada La Liga kepada lima mata hasil kemenangan 2-0 mengatasi Valencia...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 31 Jan – Chelsea dilaporkan tidak berputus asa untuk mendapatkan pemain tengah Benfica, Enzo Fernandez selepas mem­buka semula pintu rundingan perpindahan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 31 Jan – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar kontinjen Malaysia untuk melakar sejarah dengan membawa pulang pingat emas...

Sukan

Kongsikan Artikel IniPARIS, 26 Jan – Zlatan Ibrahimovic menganggap cara Argentina meraikan kejayaan selepas memenangi Piala Dunia sebagai melampaui batas. Skuad kendalian Lionel Scaloni...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER

Exit mobile version