Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

TERKINI – Apa Pemimpin UMNO Buat Di PWTC?

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR ,15  Jun – Spekulasi kian bertiup kencang mengenai ura-ura UMNO mengadakan mesyuarat tergempar petang ini susulan pengumuman khas Muhyiddin Yassin jam 5 petang nanti.

Bagaimanapun difahamkan tiada mesyuarat diadakan membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama menteri kabinet dari UMNO, hari ini.

Menurut Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, semua dakwaan berkenaan mesyuarat hanyalah khabar angin.

“Tiada ‘meeting’ (mesyuarat), hanya sekadar khabar angin,” katanya di Twitternya hari ini.

Beliau mengulas dakwaan sebuah portal yang melaporkan kononnya menteri UMNO akan mengadakan mesyuarat bersama Ahmad Zahid di Menara Dato’ Onn petang ini.

Portal itu mendakwa, mesyuarat dikatakan diatur secara mengejut oleh Menteri Kanan Keselamatan yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam pada itu, beberapa menteri UMNO yang dihubungi menafikan laporan portal itu.

“Tiada pertemuan dengan presiden,” kata mereka.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah mengarahkan sebarang mesyuarat adalah tidak dibenarkan.

Menurut laporan awal, para menteri dari UMNO dikatakan akan mengadakan mesyuarat dengan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada jam 3.00 petang ini di Bangunan UMNO, PWTC.

Menurut sumber, mesyuarat tersebut diatur secara mengejut oleh Menteri Kanan Keselamatan yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 4 Dis – Mesyuarat khas Kabinet yang akan berlangsung esok, dijangka memberi tumpuan khusus pada isu menangani kenaikan kos sara...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Dis – Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli dinamakan sebagai Menteri Ekonomi menggantikan bekas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 2 Dis – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) komited mempercepatkan kajian ke atas kerangka pengurusan kandungan dalam talian bagi...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 30 Nov – Majlis Raja-Raja Melayu menggesa kerajaan baru untuk menyemai “semangat kebersamaan” dalam kalangan rakyat Malaysia. Yang di-Pertuan Besar...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER