Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

PANAS – Duterte Tidak Akan Bekerjasama Siasatan ICC

Kongsikan Artikel Ini

MANILA, 16 Jun – Ketegasan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang ‘tidak akan memberi kerjasama’ kepada siasatan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berhubung perang dadah di negara itu, menunjukkan beliau tidak berkompromi dalam isu keselamatan negara itu.

Ketua Pendakwa Raya ICC, Fatou Bensouda, semalam memohon hakim mahkamah itu untuk membenarkan siasatan dilakukan terhadap dakwaan bahawa polis Filipina membunuh hingga berpuluh-puluh ribu orang awam antara 2016 hingga 2019 secara tanpa mengikut undang-undang.

Duterte dipilih pada 2016 selepas berjanji dalam kempen untuk menghapuskan masalah dadah di negara ini, dan secara terbuka mengarahkan polis untuk membunuh suspek kes dadah jika nyawa mereka terancam.

“Presiden tidak akan memberikan kerjasama hinggalah penggal beliau berakhir pada 30 Jun 2022,” kata Harry Roque kepada pemberita.

Ford Raptor 2020: Mantap, Tangkas

Beliau sekali gus mengulangi pernyataan sebelum ini bahawa ICC tiada bidang kuasa di Filipina berikutan negara ini sudah menarik diri daripada tribunal itu.

Filipina keluar dari ICC pada 2019 selepas mahkamah itu melancarkan pemeriksaan awal terhadap perang dadah berkenaan.

Bagaimanapun, Bensouda berkata, ICC boleh menyiasat jenayah yang dilakukan ketika Filipina masih menjadi anggotanya.

“Berdasarkan maklumat sedia ada, anggota Polis Kebangsaan Filipina serta pihak lain yang bertindak bersama mereka, didakwa membunuh antara beberapa ribu hingga puluhan ribu orang awam secara tanpa mengikut undang-undang ketika berada dalam siasatan,” katanya yang bakal menamatkan perkhidmatan beliau pada minggu ini.

Bagaimanapun, Roque menolak dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai ‘satu penghinaan kepada seluruh rakyat Filipina’ apabila sistem keadilan negara ini dituduh sebagai tidak berfungsi.

Duterte terkenal dengan ketegasan mempertahankan dasar hasil inisiatifnya itu, terutama dalam berdepan kritikan daripada pemimpin Barat dan institusi yang dikatakan beliau sebagai tidak peduli akan Filipina.

Berdasarkan perangkaan rasmi, lebih 6,000 orang dibunuh dalam lebih 200,000 operasi membanteras dadah yang dijalankan sejak Julai 2016. – AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniKYIV, 5 Dis – Kira-kira 507 kawasan di lapan wilayah masih tiada bekalan elektrik pada Ahad setelah grid kuasa utama menjadi sasaran...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniBEIJING, 5 Dis – China bersedia untuk mengumumkan pelonggaran lebih lanjut bagi beberapa sekatan Covid-19 yang paling sukar di dunia seawal Rabu...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniNEW YORK, 4 Dis – Kotaraya New York mencari individu berminat untuk menjadi ‘pembunuh’ tikus jalanan. Portal Sky News melaporkan, Datuk Bandarnya,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPADANG BESAR, 3 Dis – Perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Hatyai ke Padang Besar, Malaysia tergendala selepas landasan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER