Negeri

Menteri Besar Umum PPV Bergerak Pertama Di Negeri Sembilan

Treler pergigian yang dijadikan PPV Bergerak pertama di Kuala Pilah
Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 15 Jun – Bagi mempercepatkan usaha mencapai imuniti kelompok, Kerajaan Negeri mengumumkan pelancarkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak yang pertama di Negeri Sembilan.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, inisiatif PPV Bergerak ini adalah hasil usaha bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Pilah dan Pejabat Pergigian Daerah Kuala Pilah yang menggunakan Treler Bergerak Pergigian yang diubahsuai kepada PPV Bergerak.

“PPV Bergerak ini boleh memberikan vaksin kepada 200 orang penduduk sehari dan dijadualkan berada di Felda Kepis selama 5 hari untuk memberikan vaksin kepada 1000 penduduk yang dikategorikan di bawah Kluster Jalan Seroja Kepis,” katanya dalam perkongsian hantaran pelancaran treler berkenaan di laman Facebook beliau.

Beliau berkata, sudah pasti PPV Bergerak ini bakal memudahkan orang ramai untuk divaksin terutama sekali warga emas, kampung orang asli dan mereka yang terlantar di rumah akibat penyakit.

“Destinasi seterusnya adalah Padang Lebar dan Seri Menanti. Kepada mereka yang memerlukan perkhidmatan PPV Bergerak ini boleh menghubungi Penyelaras DUN, MPKK atau ADUN kawasan untuk pengumpulan senarai nama,” tambah beliau.

Jelas Aminuddin, permohonan yang diutamakan adalah dari kawasan kawasan pedalaman, kampung orang asli dan juga kawasan yang mempunyai kluster yang banyak.

Sehingga semalam, kes baharu Covid-19 di negeri ini mencatatkan angka 618 dan diharapkan PPV Bergerak ini mampu mencapai sasaran vaksinasi berkelompok dalam masa terdekat.

Kredit foto: Laman Facebook Majlis Daerah Kuala Pilah

 

Klik https://www.facebook.com/dsaminuddinharun/  untuk ke laman Facebook Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniREMBAU, 31 Jan – Kerajaan Negeri Sembilan tidak menetapkan sebarang had untuk peruntukan dan jumlah permohonan bagi pemberian bantuan kewangan ke institut...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 29 Jan – Bantahan awal Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan dua yang lain terhadap petisyen oleh calon-calon Barisan Nasional...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 29 Jan – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, kekosongan jawatan Exco Sumber Manusia, Perladangan Dan Hal Ehwal...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 28 Jan – Kejayaan sesebuah negara banyak bergantung kepada pemeliharaan perpaduan antara kaum serta memupuk generasi akan datang tentang kepentingan menjaga...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER

Exit mobile version