Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Komuniti

KPM Perlu Telus Kongsi Data Murid Tercicir, Impak PdPR – JK Pendidikan PH

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Jawatankuasa Pendidikan PH mengambil maklum tentang keputusan SPM 2020 yang telah diumumkan pada 10 Jun 2021. Jawatankuasa ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada para pelajar, ibu bapa, guru-guru dan semua yang terlibat walau apapun keputusan mereka.

Kegigihan murid belajar dan berusaha sepanjang pandemik melanda adalah satu kejayaan yang hakiki. Semoga mereka akan terus gigih berusaha pada masa hadapan yang lebih mencabar.

Kami ingin mengingatkan Menteri Pendidikan, Mohd Radzi Md Jidin dan kedua-dua timbalannya bahawa isu-isu pendidikan sewaktu pandemik dan sewaktu PdPR dijalankan jauh daripada selesai.

Malah apa yang lebih mencabar ialah pendidikan pascawabak Covid-19 yang rakyat perlukan. Kita menanti satu pelan besar (master plan) dan perancangan jangka masa panjang untuk pendidikan selepas pandemik berakhir.

Jika dilihat kepada perkongsian negara-negara anggota UNESCO pada mesyuarat Menteri-menteri Pelajaran UNESCO pada 29 Mac 2021, pelbagai pendekatan luar kotak telah digunakan hatta oleh negara-negara dunia ketiga.

Sehingga kini, banyak isu yang ditimbulkan kepada Kementerian Pendidikan (KPM), tetapi tidak pernah mendapat respon dan jawapan. Malah, menteri pendidikan dan kedua-dua timbalannya seakan-akan mengetepikan suara rakyat, suara para guru, ibu bapa, kesatuan guru dan masyarakat amnya.

KPM perlu berkongsi data murid cicir, iaitu murid yang masih lagi tidak boleh membaca dan menulis kerana kehilangan lebih 100 hari persekolahan pada tahun lepas, dan ditambah lagi pada tahun ini. KPM perlu menyatakan pelan mereka untuk memperbaiki keadaan dan juga memulihkan murid-murid cicir ini.

KPM juga perlu telus dengan data keberkesanan PdPR dengan menyatakan peratus kehadiran murid di dalam kelas-kelas PdPR, dan juga kehadiran sewaktu sekolah dibuka sementara sebelum PKP3.0. Ini semua demi kebaikan bersama.

Langkah penambahbaikan PdPR setelah setahun dijalankan amat perlu, sumbangsaran dari pelbagai pihak yang terlibat amat diperlukan. Kerajaan tidak boleh lagi berlagak dengan sikap kerajaan lebih mengetahui. Usaha kolaboratif diperlukan untuk memastikan pendidikan yang terbaik dapat diberikan kepada anak-anak nusa.

Jawatankuasa ingin menekankan bahawa prinsip ‘Pendidikan Berkualiti Untuk Semua’ dan ‘Pendidikan Adalah Tanggungjawab Bersama’ tidak boleh digadaikan. Di kala kita menghadapi saat getir sekarang ini, KPM perlu menjadi pemudah cara untuk menggembleng tenaga semua untuk rakyat bangkit seiring senada bersama membangunkan pendidikan negara.

Selain daripada guru, ibu bapa yang secara tidak langsung menjadi guru di rumah tatkala PdPR berlangsung memerlukan bimbingan, bahan sokongan dan juga panduan untuk membimbing anak-anak. Hal ini juga perlu diberikan perhatian.

Di beberapa negara luar seperti yang dilaporkan oleh Unesco, mereka menyediakan saluran khusus dan program-program penerangan di media untuk membimbing ibu bapa bagi tujuan Pendidikan anak-anak.

Jawatankuasa Pendidikan PH menggesa agar:

1. KPM berkongsi data murid cicir serta menyatakan pelan mereka untuk memperbaiki keadaan dan langkah-langkah pemulihan.

2. KPM perlu juga berkongsi data keberkesanan PdPR dan membentang pelan penambahbaikan demi kelangsungan pendidikan murid-murid di seluruh negara.

Ford Raptor 2020: Mantap, Tangkas

3. KPM seharusnya mewujudkan satu laman web rujukan yang khusus (one stop center) kepada para guru dengan memuatkan bahan pengajaran, modul dan latihan yang boleh digunakan untuk PdPR.

4. Kerajaan perlu menubuhkan Majlis Tindakan Pendidikan Kebangsaan yang dianggotai oleh pakar, professional, ahli akademik dan wakil daripada para guru dan persatuan ibu bapa untuk merangka pelan bersepadu pendidikan pasca Covid-19. Hal ini telah berkali-kali dibawa oleh pelbagai pihak namun dipandang sepi oleh kerajaan.

5. Pihak kerajaan menggembleng tenaga di antara KPM, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan agensi-agensi lain untuk memperbanyakkan lagi siaraya, mesej video tular dan rancangan di televisyen untuk membimbing ibu bapa bagi membantu anak-anak sepanjang PdPR berlangsung.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 8 Sep – Perayaan kuih bulan yang sinonim dengan masyarakat Cina, kini berubah wajah apabila kaum-kaum lain turut meraikan sambutan...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 21 Ogos – Sebanyak empat pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Sembilan muncul antara yang terbaik daripada keseluruhan 101 PBT di...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 16 Ogos – Tanpa mengharapkan bantuan daripada agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang seakan tak kunjung tiba, KEADILAN...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 9 Ogos – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Wangsa Maju sekali lagi menyahut cabaran Pusat Darah Negara (PDN) dengan mengadakan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER