Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Gara-Gara Pelan Bodoh Muhyiddin, #KerajaanBodoh Tular Sekali Lagi

Pengumuman Muhyiddin jadi bahan kecaman netizen dengan #KerajaanBodoh
Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Warganet tidak begitu ghairah dengan Pelan Pemulihan Negara oleh kerajaan dan penanda aras yang diperlukan untuk beralih ke setiap fasa, apabila tanda pagar #KerajaanBodoh sekali lagi “trending” di media sosial.

Dalam ucapan disiarkan di televisyen petang tadi, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menggariskan proses empat fasa yang diharapkan akan selesai pada akhir tahun ini, dengan sasaran negara kembali semula kepada norma kehidupan seharian.

Pengguna media sosial mempersoalkan penanda aras 4,000 kes yang akan dimulakan pada awal Fasa 2, menyifatkan ia masih terlalu tinggi untuk mula melonggarkan perintah sekatan.

#KerajaanBodoh pertama kali tular pada 23 Mei lalu, juga angkara kebodohan Muhyiddin

“Di manakah sains yang mengatakan 4k adalah tahap yang selamat? Ia tidak selamat,” kata seorang pengguna dikenali dengan nama Triona.

“Kita akan kembali ke PKP,” katanya merujuk kepada perintah kawalan pergerakan penuh yang sedang dilaksanakan.

Raymond Fang bersetuju bahawa melonggarkan sekatan terlalu awal akan mengheret negara “kembali ke bawah.”

“4000 kes masih agak tinggi, dan sebaik sekatan dilonggarkan; angkanya naik semula. Jadi apa gunanya? ”

Turut senada, Nisa Erina menegaskan bahawa pembukaan semula sekolah dan sektor ekonomi lain secara berperingkat akan menyebabkan kes meningkat dan menyebabkan negara akan kembali semula dalam perintah kawalan pergerakan yang seterusnya.

Vanessa berkata, tidak hairanlah #KerajaanBodoh kembali trending, kerana pengumuman Muhyiddin “jelas adalah rancangan yang sangat tidak realistik.”

“RIP Ekonomi Malaysia,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniISKANDAR PUTERI, 7 Dis – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta bergerak ke depan dan tidak menjadikan institusi diraja...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 7 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Bilal Erdogan, anak lelaki Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Tiada perubahan drastik dijangka dilaksana terhadap program berkaitan pemerkasaan Bumiputera yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Menteri...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Kementerian Ekonomi akan bekerjasama rapat dengan kementerian lain untuk menyediakan senario dan perancangan bagi memastikan Malaysia meraih pendapatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER