Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Benarkah Seorang Ahli MT Bersatu Bakal Pegang 8 Jawatan GLC? – Akmal Nasir

Ahli Parlimen Johor Bahru merangkap Ketua AMK Malaysia, Akmal Nasir
Kongsikan Artikel Ini

JOHOR BAHRU, 15 Jun – Lagi pendedahan panas dibongkar sarat dengan pelbagai pertanyaan.

Fenomena urus tadbir Kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui amalan Scheme of Things semakin keterlaluan dengan lambakan lantikan politik bagi mengisi jawatan tertentu dalam agensi dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) dilihat berpotensi menjejaskan prestasi syarikat tersebut.

Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir, amalan tidak sihat yang berlaku dalam Mara Corporation Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat pelaburan milik Majlis Amanah Rakyat (MARA), sejak berlakunya episod ‘Langkah Sheraton’ pada tahun lepas amat membimbangkan.

Katanya, keadaan kini semakin membarah apabila terdapat lantikan-lantikan yang bakal dibuat melibatkan institusi pengajian tinggi MARA.

“Berdasarkan laporan media seperti Sinar Harian dan The Edge serta semakan dengan beberapa sumber pemberi maklumat, menunjukkan bahawa salah seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) iaitu Dato’ Suhaili Abdul Rahman telah dilantik memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah syarikat-syarikat berkaitan MARA antaranya seperti berikut:-

i. Mara Corporation Sdn Bhd
ii. Pelaburan Mara Berhad
iii. PMB Tijari Berhad
iv. Mara Incorporated Sdn Bhd
v. Glocal Link (M) Sdn Bhd

Bekas ahli parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.

Selain daripada memegang lima (5) jawatan Lembaga Pengarah bagi syarikat-syarikat tersebut, lebih membimbangkan lagi apabila terdapat laporan yang menyatakan bahawa pimpinan PPBM yang sama ini bakal dilantik sebagai Ahli Lembaga pengarah tiga (3) lagi syarikat iaitu Kolej Polytech Mara Sdn Bhd (KPTM), Med Bumikar Mara Sdn Bhd (MBM) dan Universiti Teknikal Mara Sdn Bhd (UniKL),” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi.

Beliau yang juga Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia bertanya, benarkah bekas ahli parlimen Labuan itu yang kini merupakan Ketua Bahagian PPBM kini memegang lima jawatan Ahli Lembaga Pengarah syarikat-syarikat berkaitan Mara Corporation Sdn Bhd dan bakal memegang keseluruhan lapan Ahli Lembaga Pengarah?

“Bagaimana kerajaan Perikatan Nasional boleh membiarkan Scheme of Things terus berlaku ketika mana frontliners sedang bertungkus lumus berjuang menyelamatkan nyawa rakyat manakala rakyat biasa terpaksa berhadapan dengan kesengsaraan ekonomi?,” tanya beliau dengan nada kecewa.

“Berapakah pulangan atau elaun yang diterima oleh beliau serta apakah keputusan-keputusan penting terutamanya yang melibatkan pelaburan, dana atau perbelanjaan yang telah dibuat semenjak beliau menjadi Ahli Lembaga Pengarah bagi setiap syarikat tersebut?,” tanya beliau lagi.

Akmal juga mengajukan persoalan ini kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa adakah Presiden PPBM itu tahu dan sedar mengenai perkara ini berlaku di kalangan pimpinan tertinggi PPBM memandangkan beliau juga merupakan YAB Perdana Menteri?

Beliau turut meminta penjelasan terbuka daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dr. Abd Latiff Ahmad dalam isu ini dan mendesak agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memulakan siasatan terhadap perkara ini.

“Sewajibnya persidangan Parlimen perlu disegerakan bagi memastikan proses semak dan imbang berlaku agar kita dapat mengelakkan kemungkinan berlakunya ketirisan dan penyalahgunaan kuasa,” tegasnya.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Bermula 1 Januari depan, cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali pada era...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Rafizi Ramli menafikan dakwaan mengugut untuk ‘mencari’ Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER