Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Wanita PKR Sabah Kecam Kenyataan Peguam Samakan Unduk Ngadau Dengan Persembahan Lembu

Kongsikan Artikel Ini

KOTA KINABALU, 14 Jun – Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah mengecam kenyataan peguam Marcel Jude yang disifatkan sebagai sangat biadab.

Tindakan peguam itu membandingkan acara tradisi Unduk Ngadau dengan ‘persembahan lembu eksotik’ agak biadap dan tidak menghormati budaya masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR).

Hujah itu digunakan di mahkamah dalam kes cabul membabitkan Phillip Among, seorang ahli politik dari Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR).

Ketua Penerangan Wanita PKR Sabah Artini Ali Taugan berkata, sebagai seorang peguam, Marcel sepatutnya lebih bijak dalam berkata-kata apatah lagi jika ia berkaitan sensiviti kaum dan agama.

“Sebagai anak Sabah, beliau sepatutnya memahami sifat majmuk masyarakat Sabah yang menghormati adat pelbagai suku yang ada di negeri ini.

“Berdasarkan dokumen yang tular di media sosial itu, Marcel menyatakan ‘pertandingan Unduk Ngadau (UNK) bukan tentang wanita. Ia hanya pertandingan, ia tidak merangkumi semua wanita, tanpa mengira apakah bakat, kemahiran, pendidikan dan kebolehan mereka, tetapi tidak lebih sebagai persembahan lembu eksotik dan hampir seperti acara lelong.

“Tiada apa yang hebat tentang wanita-wanita ini dan ada lebih ramai wanita hebat di luar tetapi mereka tidak dapat menjadi peserta. UNK adalah satu imbauan kembali zaman lalu di mana wanita hanya objek nafsu yang peragakan dalam sebuah persembahan.

“Kenyataan ini jelas merupakan penghinaan kepada acara kebudayaan serta bersifat seksis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Unduk Ngadau adalah acara kebudayaan yang diadakan sempena pesta Kaamatan atau pesta menuai dan merupakan salah satu identiti negeri di bawah bayu ini.

Kenyataan biadab ini satu penghinaan kepada suku KDMR dan penghinaan kepada semangat (roh) Huminodun.

Marcel Jude mewakili Philip Among yang merupakan bekas penyelaras STAR Parlimen Putatan atas empat pertuduhan mencabul peserta Unduk Ngadau dan satu pertuduhan sama terhadap seorang lagi wanita.

#RespekSumandakSabah

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania