Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Schick Pecah Rekod Jaringan Paling Jauh

Kongsikan Artikel Ini

GLASGOW, 14 Jun – Pemain Republik Czech, Patrik Schick memecahkan rekod jaringan gol paling jauh pernah dihasilkan dalam saingan EURO 2020 ketika kemenangan 2-0 ke atas Scotland dalam aksi di Stadium Hampden Park sebentar tadi.

Jaringan pada minit ke-52 itu dilakukan Schick dari jarak 49.7 meter memecahkan rekod 38.6 meter yang dilakukan pemain tengah Jerman, Torsten Frings pada EURO 2004.

Scotland kehilangan posisi di tengah padang dan Shick melakukan percubaan jarak jauh dari tengah padang untuk menewaskan penjaga gol Scotland, David Marshall yang telah keluar daripada kawasan gol.

Pemain kelab Bundesliga Jerman, Bayer Leverkusen itu turut menjaringkan gol pertama pada minit ke-42 dalam perlawanan tersebut yang menyaksikan Czech meraih tiga mata pada aksi pertama pasukan itu dalam Kumpulan D.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniBIRMINGHAM, 7 Nov – Erik ten Hag menganggap kekalahan 3-1 Manchester United kendaliannya di tangan Aston Villa adalah sesuatu yang tidak boleh...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 2 Nov – Liverpool menamatkan deretan 21 perlawanan tanpa kalah Napoli tetapi tidak cukup untuk memintas pendahulu Kumpulan A Liga Juara-Juara...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 31 Okt – Reiss Nelson tampil cemerlang ketika membantu Arsenal kembali menerajui Liga Perdana Inggeris (PL) dengan membelasah Nottingham Forest 5-0....

Sukan

Kongsikan Artikel IniAMSTERDAM, 27 Okt – Liverpool mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) selepas tiga jaringan pantas memastikan Reds selesa membenam...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER