Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Komuniti

Membalak Bersama Ulamak: Kerajaan Pas Kelantan Diminta Jujur Beri Penjelasan

Kongsikan Artikel Ini

Istilah membalak bersama ulamak kini menjadi sinonim dengan imej Kerajaan Pas Kelantan, terutama setelah tular pendedahan video memaparkan kemusnahan Air Terjun Lata Y di Hutan Simpan Kekal dalam Kuala Krai yang kini airnya sudah menjadi amat keruh dipercayai akibat dari pembalakan melampau.

Timbalan Pengerusi AMANAH Kelantan Ustaz Che Ibrahim Mohamed dalam satu diskusi Wacana Politik Kelantan mengasak Kerajaan Pas Kelantan agar bersikap jujur dan beri penjelasan sebenar berkenaan status projek pembalakan di negeri ini.

“Hutan adalah anugerah semulajadi daripada Allah Taala untuk dimanfaatkan, bukan untuk dijadikan sumber pendapatan dengan dieksploitasikan untuk penebangan balak semata-mata”, jelas Che Ibrahim.

Che Ibrahim yang juga Ketua AMANAH Kawasan Ketereh itu meminta pihak Kerajaan Pas Kelantan menjelaskan berapakah keluasan tanah yang diluluskan kepada agensi pembangunan tanah seperti FELDA, FELCRA dan KESEDAR.

“Agensi pembangunan tanah ini tidak meneroka tanah untuk pembalakan, kerana mereka akan mengusahakan tanah yang diberikan untuk tujuan pertanian dan perladangan komersial yang beri manfaat kepada ekonomi dan rakyat”, jelas beliau.

“Soalnya sekarang, berapa pula keluasan tanah yang diluluskan oleh Kerajaan Pas Kelantan kepada agensi bukan pembangunan tanah, sama ada kepada agensi kerajaan negeri seperti YAKIN, YIK, PKINK, PMBK, TATOK dan lain-lain?”, soal beliau.

“Dan berapa luas tanah yang diluluskan oleh Kerajaan Pas Kelantan kepada syarikat dan pemegang lesen persendirian yang bukan merupakan agensi pembangunan tanah, contohnya Yayasan AMAL, Raudhatul Atfal (PASTI), Pertubuhan Kerabat, Koperasi Penghulu, Koperasi Ulama dan yang lain?”, tanya beliau lagi.

Che Ibrahim juga mendesak Kerajaan Pas Kelantan menyatakan jumlah keluasan tanah yang diluluskan untuk projek pembalakan atas nama Tanaman Getah Klon Balak (TLC) dan Ladang Hutan Pelbagai Spesis.

“Kita juga mahu tahu syarikat-syarikat manakah yang dianugerahkan projek sebegini, kerana biasanya pembalakan ini dilakukan oleh syarikat, bukan oleh agensi pembangunan tanah dari pihak kerajaan”, desak beliau.

Projek pembalakan melampau yang mencetuskan krisis kemusnahan alam sekitar sehingga merosakkan habitat hutan termasuk flora dan faunanya menjadi isu berlarutan yang sehingga kini gagal dijelaskan mahupun ditangani oleh Kerajaan Pas Kelantan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 29 Jul – Sebanyak RM1.6 juta diperuntukan menerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) untuk disumbangkan kepada 301 buah masjid dan...

Nasional

Kongsikan Artikel Ini Tindakan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun menolak usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniREMBAU, 27 Jul – Kerajaan Negeri Sembilan menetapkan sasaran seramai 700,000 individu di negeri ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 menjelang 31...

Negeri

Kongsikan Artikel Ini Pilihan raya negeri Sarawak kembali diperkatakan setelah kerajaan mengumumkan pembatalan Ordinan Darurat menjelang berakhirnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos ini. Pembatalan...

Copyright © 2021 Media Rania