Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Hilang Sokongan: PAS Senada Umno Tak Desak PRU15 Segera – Takiyuddin

Kongsikan Artikel Ini

PAS senada dengan saranan Umno untuk tidak mendesak kerajaan mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam waktu terdekat, ketika negara berdepan dengan wabak Covid-19 yang dianggap satu darurat besar.

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata cadangan itu amat tepat dan kena pada masanya, kerana fokus seluruh jentera kerajaan Persekutuan serta negeri-negeri sekarang adalah bagi memerangi pandemik Covid-19, yang belum reda bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

“Begitu juga parti-parti politik turut sama menumpukan kepada usaha membantu rakyat yang terkesan teruk dengan wabak ini, bukan sahaja dalam aspek kesihatan tapi juga aspek ekonomi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman semalam yang berkata, parti itu tidak perlu mendesak kerajaan Perikatan Nasional untuk mengadakan Pilihan PRU15 dalam waktu terdekat, kerana ia hanya akan menyukarkan usaha kerajaan memerangi penularan pandemik Covid-19.

Beliau berkata kerjasama itu termasuk mengelakkan isu-isu yang boleh menimbulkan ketegangan, keburukan dan kerugian masa, tenaga dan kewangan.

“PAS yakin kerajaan akan terus mengambil langkah-langkah proaktif dengan mengambil kira pandangan dan cadangan semua pihak bagi memastikan kebaikannya dirasai oleh seluruh rakyat dan penduduk Malaysia,” kata Takiyuddin.

– Bernama

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 7 Dis – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan perlu mengambil tindakan segera dan mencari punca kekerapan berlakunya banjir kilat...

Nasional

Kongsikan Artikel IniISKANDAR PUTERI, 7 Dis – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta bergerak ke depan dan tidak menjadikan institusi diraja...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 7 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Bilal Erdogan, anak lelaki Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Tiada perubahan drastik dijangka dilaksana terhadap program berkaitan pemerkasaan Bumiputera yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Menteri...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER