Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Darurat: Takiyuddin Ada Banyak Tiang Gol..!

Kongsikan Artikel Ini

Pemimpin Umno menggunakan kiasan tiang gol bola sepak untuk mengecam Menteri Undang-Undang Takyuddin Hassan.

Ini selepas Takiyuddin menegaskan bahawa kabinet tidak mengalihkan tiang gol berhubung tempoh darurat yang akan berakhir pada bulan Ogos.

Ini kerana wujud tanggapan kerajaan tidak komited terhadap garis waktu bulan Ogos dan mungkin meminta lanjutan tempoh darurat.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan kenyataan Takiyuddin bahawa jemaah menteri yang akan memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai penamatan darurat.

“Apa yang merisaukan, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang diketuai oleh (bekas ketua hakim negara) Tun Ariffin Zakaria akan mengadap YDP Agong selasa ini.

“Dengan kenyataan Takiyuddin itu, apakah laporan jawatankuasa bebas itu nanti tidak akan diguna pakai,” soalnya.

Menurut Puad sekiranya kabinet yang berhak menasihat Agong mengenai darurat dan maka penatlah jawatankuasa khas itu bersidang sebulan dua kali.

“Seolah olah penubuhan jawatankuasa bebas hanya politiking sahaja. Pecah tembelang. Azalina kata, kenyataan Takiyuddin itu umpama alih tiang gol.

“Takiyuddin simpan banyak tiang gol ke,” soal Puad.

Sementara itu seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno Ahmad Shabery Cheek turut membangkitkan soal Jawatankuasa Bebas yang dilantik kerajaan PN untukmenasihatkan Yang Di-Pertuan Agong itu.

Dia menyamakan ini dengan penggunaan Video Assistant Referee (VAR), perkembangan yang agak baru dalam industri bola sepak di mana penentuan pelanggaran dibantu oleh teknologi video berbanding kaedah tradisional bergantung pada penglihatan pengadil manusia.

“Bagi yang faham, ketika permainan sedang berjalan, janganlah ubah peraturan.

“Dulu dah setuju pakai VAR. Bila VAR tak menyebelahi pasukannya tukar ke TMS (Tengok Mata Sendiri),” katanya.

Shabery juga menyoal jika tiang gol akan terus dialih pada masa depan.

“Bukan referee je pening, penonton pun pengsan.” katanya pada hantaran di Facebook.

Takiyuddin pada malam ini memberikan maklum balas segera mengenai isu ‘pengadil dan mengubah tiang gol’ itu.

“Benar, untuk menang dengan apa cara sekalipun tanpa mengambi kira peraturan adalah tidak beretika. Tetapi tidak mengubah peraturan ketika keadaan dan dinamika telah berubah adalah bodoh dan tidak adil.

“Pengadil yang baik membuat keputusan dengan cepat, tetapi menilai dengan perlahan setelah merujuk kepada peraturan yang tepat,” katanya di Twitter.

Terdahulu, Takiyuddin mempertahan kenyataannya, berkata kerajaan tetap mengiktiraf Jawatankuasa Bebas Khas Darurat yang dibentuk dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Jelasnya, kenyataan medianya berhubung peranan kerajaan dari segi Perlembagaan dan undang-undang berkaitan perisytiharan Darurat telah dipetik di luar konteks.

Takiyuddin semalam berkata jemaah menteri bertanggungjawab untuk memberi nasihat kepada Yang di Pertuan Agong sama ada darurat perlu dilanjutkan atau tidak.

Dia berkata demikian sebagai respons kepada laporan yang memetik Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah bahawa hanya Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara mengenai tempoh darurat.

Kenyataan Takiyuddin itu mengundang kritikan timbalan speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said yang mengatakan kerajaan tidak seharusnya “mengalihkan tiang gol” ketika darurat hampir berakhir.

Dua anggota Jawatankuasa Bebas Darurat iaitu Noh Omar dari Umno dan Saifuddin Nasution Ismali dari PKR juga menyifatkan kenyataan Takiyuddin sebagai penghinaan kepada jawatankuasa bebas berkenaan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Bermula 1 Januari depan, cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali pada era...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Rafizi Ramli menafikan dakwaan mengugut untuk ‘mencari’ Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER