Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Darurat Hanya Bawa Malapetaka – Anwar

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Darurat yang dibawa oleh kerajaan Perikatan Nasional adalah satu darurat yang gagal menangani penularan Covid-19.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan darurat itu jelas hanya untuk menyelamatkan kedudukan kerajaan dan bukannya menjaga kepentingan rakyat.

“Darurat ini akan bawa malapetaka sebab ia tidak boleh bandingkan dengan darurat 1969. Kalau kita buat darurat sekarang dan andai kata kita dapat tangani penularan Covid-19, tapi kita tidak boleh menyuntik keyakinan pelabur kerana dalam keadaan darurat itu orang tidak akan yakin.

“Tidak ada alasan yang munasabah sama sekali untuk lakukan darurat, darurat yang kita lakukan ini memang hambar, dan memang mengecewakan. Hanya digunakan untuk menjaga kedudukan politik seseorang,” katanya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata demikian dalam sesi webinar bertajuk Memimpin Negara Pasca Covid-19 dan Melonjak Semula Ekonomi Negara bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.

Pada 12 Januari, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19.

Justeru itu, Anwar berkata, kerajaan PN telah gagal dalam menangani penularan pandemik.

Menurut beliau, ia jelas dipamerkan dalam situasi kerajaan negeri Selangor apabila hanya 615,000 dos vaksin diterima sehingga mendapat perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Kita tegaskan bahawa (Perikatan Nasional) lembap, tidak telus dan terlalu banyak kerenah tidak tahu entah komisyennya, saya tidak tahu apa yang menyebabkan vaksin ini lambat, sehingga Sultan Selangor sendiri terpanggil untuk zahirkan bagaimana kenyataan itu amat mengelirukan.

“2.9 juta dos vaksin sampai padahal 615,000 sahaja (diterima), inilah gambaran keadaan yang kusut,” dakwa Presiden PKR itu lagi.

Minggu lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa terkejut dan kecewa kerana Selangor menerima jumlah vaksin yang rendah daripada yang sepatutnya diterima.

Titah baginda, keutamaan dalam agihan vaksin seharusnya diberikan kepada negeri ini memandangkan Selangor adalah penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

Terdahulu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menegaskan pihaknya hanya menerima 615,000 dos vaksin Covid-19 setakat 1 Jun lalu.

Jumlah itu merangkumi 434,070 dos vaksin Pfizer; 146,440 dos vaksin Sinovac dan 34,700 dos vaksin AstraZeneca.

Anwar turut mempersoalkan larangan untuk syarikat-syarikat besar membeli vaksin Covid-19.

Ujarnya, syarikat-syarikat ini perlu diberikan tanggungjawab mereka sebagai pemain industri dengan menolong kerajaan menjalankan program imunisasi bagi kakitangan dan ahli keluarga mereka.

“Pada pendapat saya, biar syarikat besar tanggung sendiri, mereka ada 10,000 pekerja contohnya biar mereka biaya dan bantu semua.

“Ada yang catat untung belipat ganda, pandemik ini juga menyebabkan beberapa syarikat kaya raya dan ada yang tutup.

“Apa salahnya benar dan izinkan mereka beli vaksin dan ambil tanggungjawab untuk suntik pekerja dan ahli keluarga mereka,” katanya lagi

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Bermula 1 Januari depan, cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali pada era...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Rafizi Ramli menafikan dakwaan mengugut untuk ‘mencari’ Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER