Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Ahli Parlimen Wangsa Maju Terus Pacu Peningkatan Vaksinasi Warga Kota

Ahli Parlimen KEADILAN Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew menyantuni warga kota yang mendaftar sebagai penerima vaksin
Kongsikan Artikel Ini

WANGSA MAJU, 14 Jun – Jumlah kes harian Covid-19 yang masih tinggi antara lima ke enam ribu dan kesemua parlimen dalam Wilayah Persekutuan masih lagi diklasifikasikan sebagai zon merah, mendorong Ahli Parlimen KEADILAN Wangsa Maju melakukan pendekatan segera dan berkesan.

Andre Lai Chen Heng, Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju

Ini dibuktikan apabila pada bulan Mac lalu, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew membuka kaunter pendaftaran vaksinasi Covid-19 secara besar-besaran dan berjaya mendaftarkan seramai 400 penduduk termasuk warga emas.

Namun, setakat 20 Mei lalu, didapati kurang daripada 5% yang telah mendaftar melalui pusat khidmat Parlimen Wangsa Maju mendapat temujanji mereka.

Menurut Pegawai Khas Ahli Parlimen yang juga Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai Chen Heng (gambar), beliau juga mendapat aduan yang sama daripada penduduk bukan sahaja dari Wangsa Maju, tapi juga seluruh Lembah Klang.

Menyedari masalah itu, Andre Lai dan pasukan KEADILAN mengambil insiatif untuk berhubung dengan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Titiwangsa untuk mempercepatkan jadual temu janji vaksinasi khusus untuk warga emas dan OKU.

“Bulan ini kita telah melihat pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega yang baru seperti di Pusat Konvensyen MITEC, Jalan Dutamas. Tinjauan mendapati ramai penduduk Wangsa Maju mendapat jadual vaksinasi di sini,” katanya ketika ditemui.

Andre Lai meninjau penerima vaksin baru-baru ini

Salah seorang yang mendaftar, Encik Sim Eng Kang dari Batu 5, Jalan Gombak telah berjaya mendapatkan temu janji vaksinasi pada 11 Jun lalu selepas berhubung dengan pejabat Ahli Parlimen KEADILAN Wangsa Maju.

“Saya sering membaca laporan ada ramai anak muda mendapat jadual lebih awal. Saya berharap dengan fasiliti baru seperti MIECC, operasi vaksinasi boleh diperbaiki,” ujarnya.

Encik Raman Sinnu (gambar bawah), 71, dari Taman Setapak Indah Jaya mempertikaikan fasa vaksinasi yang dikhususkan kepada warga emas. “Saya tidak mendapat maklum balas sejak mendaftar pada Februari. Hanya selepas aduan dibuat kepada pejabat Ahli Parlimen, saya mendapat tarikh vaksinasi dua hari selepas itu,” jelasnya.

Andre Lai memuji kecekapan pasukan daripada PKD Titiwangsa yang sering bekerjasama dengan Parlimen Wangsa Maju.

“Kami menghargai usaha pegawai dari PKD dan KKM. Dalam masa seminggu, ramai daripada penduduk warga emas telah mendapatkan jadual temu janji. Mungkin ia satu kebetulan, tetapi MIECC telah memproses vaksinasi untuk ramai pengundi daripada Parlimen Wangsa Maju dalam tempoh ini,” tambahnya lanjut.

Selain itu, Andre berpendapat kesan pandemik tidak akan berakhir dalam jangka masa pendek.

Encik Raman Sinnu

“Selepas Covid, kami masih lagi terjejas dari kesan ekonomi dan ketidak mampuan kerajaan. Kadar vaksinasi harus dipercepatkan untuk ‘mencapai ‘herd community’ secepat mungkin,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew dalam kenyataan beliau di Facebook, juga menyeru penduduk Wangsa Maju supaya boleh menghubungi pejabatnya sekiranya mendapat masalah berkenaan dengan temu janji vaksinasi dan wabak.

Dalam tempoh yang sama, DBKL juga mengadakan pusat vaksinasi bergerak dan bertumpu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) seluruh Wilayah Persekutuan.

Projek perintis bermula dengan PPR Gombak Setia pada 11 Jun 2021 dan dibuka kepada penduduk PPR kawasan.

Manakala lebih banyak lagi pusat vaksinasi serupa dijangka akan dibuka dalam masa terdekat dan pihaknya yakin mensasarkan lebih ramai warga kota akan menerima vaksin masing-masing secepat mungkin.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 7 Dis – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan perlu mengambil tindakan segera dan mencari punca kekerapan berlakunya banjir kilat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 1 Dis – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sedia bekerjasama dan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 30 Nov – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang memperuntukkan RM550 juta...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 29 Nov – Kerajaan negeri menerusi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan isu banjir kilat...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER