Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

TERKINI – Britain Bakal Tangguh Longgar Sekatan Covid-19

London dijangka terus dikawal ketat sehingga penghujung musim panas ini
Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 13 Jun – Pasukan saintis Britain memberi amaran negara ini boleh merekodkan kes jangkitan Covid-19 sebanyak 100,000 kes sehari menjelang Julai.

Sehingga semalam, kes jangkitan Covid-19 di Britain adalah sebanyak 7,738, iaitu jumlah kedua tertinggi selepas merekodkan 8,000 kes pada Jumaat lalu.

Kira-kira 90 peratus kes jangkitan baharu berpunca dari varian Delta dan kes terus berlipat ganda dalam setiap sembilan hari.

Namun, angka kematian disebabkan oleh varian tersebut masih pada kadar rendah.

Kumpulan Penasihat Saintifik untuk Kecemasan (SAGE) Britain memaklumkan, tidak mustahil jika angka jangkitan harian sebenar adalah dua kali ganda dari yang dicatatkan ketika ini.

“Dalam tempoh sebulan, kes jangkitan baharu boleh meningkat sehingga 100,000 kes sehari dan hospital akan mula sesak,” jelas SAGE.

Dalam perkembangan sama, para saintis turut menasihatkan kerajaan supaya memulakan program vaksinasi untuk kanak-kanak secepat mungkin.

Hal ini kerana, varian Delta banyak dijangkiti oleh kanak-kanak sekolah yang belum lagi mendapat vaksin.

Kebanyakan yang dijangkiti varian itu berusia antara 10 hingga 19 tahun dan diikuti rapat mereka yang berumur 20 hingga 29 dan 30 hingga 39 tahun.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson yang baru menghadiri Sidang Kemuncak G7 di Cornwall dijangka akan mengumumkan pelonggaran sekatan esok yang dijangka akan dikuat kuasakan pada 21 Jun ini.

Namun pakar menjangkakan Johnson akan menangguhkan kelonggaran tersebut susulan peningkatan kes baharu yang dilaporkan.

Berdasarkan data, terdapat 144 kes jangkitan Covid-19 melibatkan varian Delta di sekolah dengan 0.6 peratus daripadanya melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Terdahulu, Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock mengesahkan kerajaan bercadang untuk memberi vaksinasi kepada golongan kanak-kanak selepas Pfizer melengkapkan kajian berhubung penggunaan vaksin terhadap kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun. – AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniKYIV, 5 Dis – Kira-kira 507 kawasan di lapan wilayah masih tiada bekalan elektrik pada Ahad setelah grid kuasa utama menjadi sasaran...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniBEIJING, 5 Dis – China bersedia untuk mengumumkan pelonggaran lebih lanjut bagi beberapa sekatan Covid-19 yang paling sukar di dunia seawal Rabu...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniNEW YORK, 4 Dis – Kotaraya New York mencari individu berminat untuk menjadi ‘pembunuh’ tikus jalanan. Portal Sky News melaporkan, Datuk Bandarnya,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPADANG BESAR, 3 Dis – Perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Hatyai ke Padang Besar, Malaysia tergendala selepas landasan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER