Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Segera Muktamadkan Isu Pengerusi PN Melaka Langgar SOP PKP – AMK Melaka

Kongsikan Artikel Ini

MELAKA, 13 Jun – Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Melaka berharap agar siasatan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, dapat dimuktamadkan segera.

Menurut ketuanya, Prasanth Kumar Brakasam, ini setelah pihaknya mendapat maklumat keterangan ahli politik itu telah pun diambil kira-kira jam 1 tengah hari, kelmarin oleh pihak polis di Seri Negeri.

Rafiq yang juga Exco Belia dan Sukan negeri difahamkan telah melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan menganjurkan Program Kedai Prihatin Rakyat secara ‘Drive-Thru’ (Pandu Lalu).

“Pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) atau garis panduan ketika tempoh PKP 3.0 dengan menganjurkan program melibatkan ramai orang awam boleh menyebabkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 meningkat,” katanya.

Dalam senarai yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkuatkuasa 1 Jun 2021 menyatakan sebarang aktiviti sosial melibatkan penganjuran majlis rasmi atau tidak rasmi kerajaan dan swasta adalah tidak dibenarkan.

“Sumbangan barang makanan yang disalurkan kepada rakyat itu adalah inisiatif yang sangat baik tetapi beliau sebagai ADUN Paya Rumput boleh menyalurkan bantuan tersebut melalui JPKK, Masjid atau Sidang dalam kawasan DUN  untuk diagihkan kepada orang susah dan memerlukan bantuan,” jelas beliau.

Jika rakyat biasa boleh didenda akibat tidak mematuhi SOP yang ditetapkan maka kami gesa pihak polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) harus mengambil tindakan tegas terhadap YB Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen yang secara jelas melanggar SOP PKP 3.0.

Prasanth juga meminta penjelasan kerajaan negeri adakah program berkenaan mendapat kelulusan dari MKN dan apa rasionalnya sekiranya MKN memberi kebenaran sedangkan SOP yang dikeluarkan jelas bertentangan dengan arahan yang diumumkan.

Setakat ini pihak polis telah menerima lima laporan polis dibuat ke atas Mohd Rafiq yang didakwa melanggar SOP ketika penganjuran pemberian ayam dan telur percuma di Bukit Rambai, 7 Jun lalu.

 

MEDIA RANIA

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 29 Jul – Sebanyak RM1.6 juta diperuntukan menerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) untuk disumbangkan kepada 301 buah masjid dan...

Nasional

Kongsikan Artikel Ini Tindakan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun menolak usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniREMBAU, 27 Jul – Kerajaan Negeri Sembilan menetapkan sasaran seramai 700,000 individu di negeri ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 menjelang 31...

Negeri

Kongsikan Artikel Ini Pilihan raya negeri Sarawak kembali diperkatakan setelah kerajaan mengumumkan pembatalan Ordinan Darurat menjelang berakhirnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos ini. Pembatalan...

Copyright © 2021 Media Rania