Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Putera N.Sembilan: Kurang Kepercayaan Terhadap Institusi Membahayakan Negara

Kongsikan Artikel Ini

Kurang kepercayaan terhadap institusi negara membawa “kemudaratan besar” ketika pandemik, termasuk sains “tidak dapat menyaingi ” kepercayaan tahyul dan teori konspirasi, kata Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz.

Putera kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan itu berkata, sepanjang tahun lalu, persoalan mengenai kepimpinan, akauntabiliti dan ketelusan turut mengiringi keputusan berkaitan cara menangani pandemik Covid-19.

“Jika kita mahu melangkau kelangsungan hidup selepas pandemik, kita perlu menjawab persoalan ini, kita tidak teruskan seperti semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja,” kata beliau pada forum maya anjuran Projek Sunway bagi Hubungan Asia dan Antarabangsa semalam.

Tunku Zain yang juga presiden pengasas Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), berkata penting untuk institusi negara disokong oleh kepercayaan rakyat serta asas Perlembagaan yang kukuh.

“Ini adalah penting untuk kestabilan, kemakmuran dan kebahagiaan,” katanya sambil menambah hanya dengan adanya perkara itu, negara boleh mengejar matlamat seperti pelan induk ekonomi digital dan pembangunan mampan.

Tunku Zain berkata, institusi yang kukuh disokong keyakinan rakyat akan membawa kepada kestabilan dan memastikan dasar mempunyai tahap kebolehramalan.

“Ketika pandemik, kita lihat bagaimana ia kurang kepercayaan dalam institusi membawa kemudaratan besar. Kita lihat bagaimana sains tidak dapat menyaingi tahyul dan teori konspirasi, bagaimana langkah kesihatan awam dipersendakan sebagai konspirasi, atau kempen vaksin adalah konspirasi.

“Sikap sebegini mendapat perhatian apabila rakyat kurang kepercayaan terhadap institusi dan merasakan mereka tidak boleh mempercayai institusi untuk mengeluarkan mereka daripada krisis,” katanya.

Beliau memberi amaran peningkatan kadar kemiskinan mungkin memburukkan lagi ketidakpercayaan sebahagian penduduk yang tidak merasakan keperluan mereka dijaga.

Katanya, ia tidak membantu apabila institusi itu sendiri dicemari rasuah, kurang ketelusan dan akauntabiliti, atau menyebabkan kerosakan terhadap ekonomi serta alam sekitar.

Apabila rakyat hilang kepercayaan terhadap institusi, ia membuka peluang kepada “pelampau” untuk melemahkan masyarakat, yang sepatutnya berdasarkan konsensus.

“Selepas tahap tertentu, jika hakisan kepercayaan terlalu banyak, membina semula konsensus menjadi sukar.

“Itu sebabnya cabaran untuk kita adalah mengembalikan harapan dalam rakyat untuk mempercayai institusi, yang Perlembagaan Persekutuan masih layak ditegakkan dengan sistem demokrasi berparlimen mampu mengeluarkan kita daripada pandemik ini.”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniSama ada 8, 11, 12 atau 14 Ahli Parlimen UMNO yang telah menarik sokongan terhadap kerajaan PN, ia tetap menyebabkan Mahiaddin Md...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPH iaitu PKR, DAP Amanah mempunyai jumlah 89 kerusi Parlimen. UPKO (1 kerusi – Madius Tangau) dan PSB (dua kerusi -Baru Bian...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniBelum pernah dalam sejarah Malaysia merdeka melihat kebiadaban terbuka yang keterlaluan dan berterusan terhadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPemimpin korup sangat takut kepada rakyat yang celik. Pesan Al-Imam Abdul Rahman Al-Kawakibi:- إن خوف المستبد من نقمة رعيته أكثر من خوفهم...

Copyright © 2021 Media Rania