Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

PKR Terkubur? Azis Perlu ‘Cermin Diri’ – AMK Sabah

Kongsikan Artikel Ini

KOTA KINABALU, 13 Jun – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menyelar kenyataan sombong Ketua Wira Warisan, Datuk Azis Jamman yang menyatakan bukan sahaja Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) malah Pakatan Harapan bakal terkubur di Sabah.

Kenyataan itu dikeluarkan Azis berikutan khabar angin yang menyatakan KEADILAN akan berkerjasama dengan UMNO dan disokong pimpinan Pakatan Harapan sekaligus menyingkirkan WARISAN yang kini bersama Mahathir.

Ketua Penerangan AMK Sabah, Razeef Rakimin menjelaskan KEADILAN menjunjung prinsip perjuangan yang diperjuangkan sejak penubuhan KEADILAN pada 1999.

“KEADILAN menentang UMNO ketika Presiden WARISAN masih mengumpul kekayaan dalam UMNO sebagai Menteri dan pemimpin UMNO.”

“Jadi Azis tidak perlu melompat awal seperti ‘kera kena belacan’ kerana takut gabungan Pakatan Harapan dan UMNO boleh meranapkan WARISAN. KEADILAN masih kekal dengan prinsip dan menolak untuk berkerjasama dengan individu yang korup.” jelas beliau lagi.

Razeef juga menyangkal kenyataan Azis bahawa KEADILAN tidak mempunyai kekuatan di Sabah dan menyifatkan kenyataan itu tidak berasas dan dangkal.

“Azis perlu melihat kelemahan WARISAN walau sering diberi peluang lebih oleh KEADILAN dan Pakatan Harapan sebelum berlagak sombong.”

“Saya sarankan agar Azis ‘cermin diri’ dan menerima hakikat bahawa WARISAN tidak pernah menang dalam pilihanraya, berbeza dengan KEADILAN bersama Pakatan Harapan yang kini memimpin Selangor dan Negeri Sembilan serta Pulau Pinang yang dipimpin DAP.”

“Melihat kepada sejarah PRU-14, Pakatan Harapan telah menang di peringkat persekutuan walau tanpa mengambil kira jumlah Parlimen yang dimenangi WARISAN. Dan begitu juga beberapa negeri di semenanjung antaranya Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Johor dan Melaka.”

Beliau turut menjelaskan situasi berbeza di Sabah di mana Warisan tewas pada PRU14 lalu walaupun dengan bantuan Pakatan Harapan.

Pada PRU14 lalu KEADILAN mengorbankan banyak kerusi tradisi kepada WARISAN yang akhirnya hanya bertanding lapan (8) daripada 60 kerusi DUN.

Beliau juga mengingatkan Warisan hanya berjaya menjadi kerajaan setelah UPKO meninggalkan BN dan membentuk kerajaan bersama WARISAN dan Pakatan Harapan di Sabah.

“Namun kerana ketidak cekapan mentadbir serta pemimpin-pemimpin WARISAN yang angkuh dan sombong, mereka dihukum oleh rakyat Sabah yang menolak WARISAN walaupun pada PRN Sabah yang lalu Barisan Nasional dan Perikatan Nasional berlawan sesama sendiri.” jelas beliau.

KEADILAN Sabah pada Pilihanraya negeri Sabah September lalu menggadaikan satu lagi kerusi DUN kepada WARISAN menjadikan hanya tujuh (7) kerusi DUN ditandingi walaupun kerusi DUN Sabah bertambah sebanyak 13 kerusi dari 60 kepada 73.

Walaupun demikian setelah diberi kelebihan WARISAN gagal mempertahankan kerajaan negeri apabila tewas di tangan PN dan BN yang berpecah pada ketika itu.

“Jadi sebelum Azis dengan angkuh mengatakan KEADILAN bakal terkubur di Sabah, beliau perlu tahu WARISAN telah terkubur sejak mulanya walaupun mendapat ihsan dari KEADILAN yang menyerahkan 70% kerusi tradisi KEADILAN Sabah serta dibantu dari segi jentera kerana kasihan melihat WARISAN yang terkapai-kapai menghadapi pilihanraya yang pertama buat mereka.”

Razeef juga menerangkan bukan sahaja di peringkat negeri malah di peringkat persekutuan pula mereka diberi peluang memegang beberapa kementerian sehingga bukan sahaja KEADILAN Sabah malah Ahli Parlimen DAP Sabah juga tidak memegang jawatan Menteri mahupun Timbalan Menteri di peringkat persekutuan kerana ingin mengangkat parti tempatan Sabah di peringkat persekutuan selain simpati kepada WARISAN yang baru bertapak.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania