Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Perang Azalina-Takiyuddin Berterusan

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Perang antara dua pemimpin daripada Umno dan Pas nampaknya berterusan seolah perdana menteri kerajaan haram, Muhyiddin Yassin sudah tidak lagi dihormati jauh sekali disegani.

Terbaharu, setelah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Hal Ehwal Undang-Undang), Takiyuddin Hassan mengeluarkan kenyataan  tiada cubaan mengalihkan ‘tiang gol’ – beberapa jam selepas itu, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Azalina Othman Said Said tampil membalas ‘serangan’ Takiyuddin.

Azalina berkata, dengan kerajaan “mengubah” peranan Jawatankuasa Khas Bebas yang sepatutnya menasihati Yang di Pertuan Agong, maka ia menyebabkan kerajaan telah membuat percaturan permainan yang baharu.

“Semua orang ‘bermain’ untuk menang. Tetapi untuk menang dengan segala cara tanpa mengira peraturan yang ada, adalah tidak beretika.

“Dengan mengubah peraturan di tengah permainan, anda membuat permainan lain. Ini menjadikan ‘pengadil’ nampak jahat,” tulisnya di Twitter hari ini.

Ciapan tersebut dibuat Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang sejam selepas ‘perang media sosial’ antara beliau dan Takiyuddin berlangsung sejak semalam.

Takiyuddin hari ini menafikan ada percubaan untuk mengalih ‘tiang gol’.

“Tiada siapa yang alih tiang gol,” jawabnya terhadap kenyataan Azalina semalam.

Azalina semalam berkata, kerajaan tidak seharusnya “mengalihkan tiang gol” ketika darurat hampir berakhir.

“Sekiranya demikian (Kabinet akan menasihati Agong), apa gunanya membentuk Jawatankuasa Khas Bebas untuk menasihati Yang di Pertuan Agong di bawah Seksyen 2 (1) Ordinan Darurat 2021?

“Berhenti mengalihkan tiang gol!” katanya dalam ciapan di Twitter dengan menandakan (tag) akaun Takiyuddin semalam.

Ketika itu, Takiyuddin berkata langkah yang diambil hanya untuk memperbetulkan keadaan sebenar.

“Yang dibuat adalah betulkan Peraturan Permainan supaya membantu Referee buat pengadilan yang betul. “To achieve goals does not mean to change the goal post”,” katanya lagi

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniISU yang masih menarik untuk dibahaskan pada ketika ini ialah penggubalan dan pembatalan suatu ordinan darurat. Persoalan pertama, adakah keputusan duluan Mahkamah...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSarawak Report mendakwa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) telah memberi nasihat sekurang-kurangnya tiga kali kepada Tan Sri Mahiaddin Md Yasin agar meletakan jawatannya...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniBursa Malaysia kehilangan dana akibat dasar-dasar buruk dan ketegangan politik, kata seorang ahli ekonomi. Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran Carmelo Ferlito...

Nasional

Kongsikan Artikel IniAhmad Zahid Hamidi secara sinis berkongsi harga “katak politik” dalam tempoh sebulan ini dijangka melambung kepada RM32 juta seekor. Dalam kenyataan terbaharu...

Copyright © 2021 Media Rania