Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

G7 Bincang Isu Covid-19, China Dan Perubahan Iklim

Kongsikan Artikel Ini

CORNWALL, United Kingdom, 13 Jun – Pemimpin G7 semalam mendepani isu pengaruh China dan ancaman pandemik masa depan, menampilkan muafakat baharu Barat pada sidang kemuncak fizikal pertama sejak 2019.

Menurut tuan rumah, United Kingdom (UK), pada sesi penutup di Cornwall, barat daya England hari ini, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, dan rakan sejawat akan menyokong sasaran pemuliharaan dan pelepasan karbon bagi tangani perubahan iklim.

Kenyataan ‘Nature Compact’ dalam deraf dokumen akhir G7 yang akan disiarkan hari ini, negara anggota komited untuk mengurangkan separuh daripada pelepasan karbon menjelang 2030, berbanding 2010 serta berikrar mengembalikan biodiversiti yang hilang.

Pemimpin G7 juga menjanjikan lebih banyak sokongan kewangan kepada negara membangun yang terjejas akibat perubahan iklim, menjelang Sidang Kemuncak Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-26 (COP26) di Scotland November ini.

Tindakan seumpamanya tidak difikirkan ketika era bekas Presiden AS, Donald Trump, namun pada era Biden, beliau menyampaikan mesej perubahan kepemimpinan AS dalam lawatan pertamanya ke luar negara.

“Kami berada di halaman yang sama,” kata Biden kepada wartawan ketika dia bertemu Presiden Perancis, Emmanuel Macron, dalam usaha menggerakkan negara Barat melawan kebangkitan China dan kedegilan Russia.

Ditanya sama ada pemimpin G7 lain bersetuju dengan gerakan diplomatik dipelopori AS, Biden merujuk soalan itu kepada Macron, yang menjawab: “Sudah pasti”.

Dengan ikrar ‘pemangkin bersama’ berbentuk pelaburan infrastruktur bernilai ratusan bilion bagi negara berpendapatan rendah dan sederhana, pemimpin G7 berkata mereka akan menawarkan perkongsian ‘berdasarkan nilai, standard tinggi lagi telus’.

Kumpulan G7 juga menyelaras projek ‘Membina Semula Dunia Lebih Baik’ (B3W) semata-mata untuk bersaing dengan inisiatif infrastruktur ‘Jalur dan Laluan China’ yang bernilai bertrilion dolar.

Inisiatif China itu dikritik hebat pelbagai pihak sejak kebelakangan ini kerana membebankan negara kecil dengan hutang terlalu besar yang tidak mampu mereka lunaskan.

Bagaimanapun, Canselor Jerman, Angela Merkel, selaku negara memiliki pelaburan besar di China, menyifatkannya sebagai ‘inisiatif penting’ sangat diperlukan di Afrika, yang kini mempunyai infrastruktur mundur.

Sementara itu, Britain memuji kesepakatan G7 mengenai ‘Deklarasi Teluk Carbis’ iaitu rangkaian komitmen untuk mengekang pandemik masa depan selepas COVID-19 memusnahkan ekonomi dan meragut jutaan nyawa di seluruh dunia.

Langkah kolektif itu termasuk mengurangkan waktu diperlukan untuk membangun dan melesenkan vaksin, rawatan dan diagnostik untuk sebarang penyakit pada masa depan hingga bawah 100 hari selain memperkuatkan jaringan pengawasan global.

G7 yang dianggotai Britain, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan AS akan secara rasmi menerbitkan kenyataan bersama hari ini, di samping kenyataan akhir sidang kemuncak yang mengandungi perincian lebih lanjut mengenai B3W. – AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniKYIV, 5 Dis – Kira-kira 507 kawasan di lapan wilayah masih tiada bekalan elektrik pada Ahad setelah grid kuasa utama menjadi sasaran...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniBEIJING, 5 Dis – China bersedia untuk mengumumkan pelonggaran lebih lanjut bagi beberapa sekatan Covid-19 yang paling sukar di dunia seawal Rabu...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniNEW YORK, 4 Dis – Kotaraya New York mencari individu berminat untuk menjadi ‘pembunuh’ tikus jalanan. Portal Sky News melaporkan, Datuk Bandarnya,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPADANG BESAR, 3 Dis – Perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Hatyai ke Padang Besar, Malaysia tergendala selepas landasan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER