Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

England Atasi Croatia Di Wembley

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 13 Jun – Penyerang England, Raheem Sterling memastikan skuad Three Lions memulakan kempen Euro 2020 dengan sempurna apabila jaringannya memastikan kemenangan 1-0 ke atas Croatia pada perlawanan pembukaan Kumpulan D, hari ini.

Anak buah Gareth Southgate berdepan kesukaran merobek benteng Croatia sehinggalah Sterling menjaringkan gol pada masa kedua perlawanan di bawah pancaran matahari terik di Wembley.

Jaringan sulung pemain berusia 26 tahun itu dalam perlawanan besar – perlawanan ke-13nya bersama skuad kebangsaan – adalah jawapan sesuai terhadap pengkritik yang mempersoalkan keputusan Southgate menurunkannya berbanding Jack Grealish.

Hubungan Sterling dengan penyokong England agak dingin selepas dia dicemuh kerana persembahan longlai pada Euro 2016.

Dia turut berdepan kesukaran mengekalkan tempat dalam kesebelasan Manchester City musim ini, di samping persembahan kurang bertenaga ketika juara Liga Perdana Inggeris itu tewas final Liga Juara-Juara Eropah di tangan Chelsea.

Tetapi, beberapa hari selepas dianugerahkan MBE menerusi Senarai Penghormatan Hari Lahir Ratu England berikutan sumbangannya dalam kempen anti perkauman, Sterling menikmati detik sempurna di tengah padang.

Disifatkan perlawanan ulangan separuh akhir Piala Dunia 2018 yang dimenangi Croatia, England kurang bertenaga sehinggalah Sterling muncul penyelamat untuk memastikan tiga mata.

Jaringan Sterling untuk mengurangkan tekanan penyokong di Wembley dan menyalakan impian penyokong bahawa bola sepak kembali ke tempat asal dan mengatasi pencapaian layak ke separuh akhir ketika mereka menjadi tuan rumah Euro 96.

Malah, mereka mengimpikan kemenangan pertama kejohanan utama selepas menang Piala Dunia 1966.

Secara keseluruhannya, ia bukanlah prestasi yang meyakinkan, namun Southgate boleh berbangga dengan cara pasukannya menyerap tekanan daripada pelbagai sudut.

England akan melayan skuad jiran, Scotland pada perlawanan kedua Kumpulan D, Jumaat ini sebelum menentang Republik Czech pada perlawanan akhir peringkat kumpulan pada 22 Jun.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniTOKYO, 24 Jul – Misi atlet gimnastik artistik negara Jeremiah Loo Phay Xing untuk layak ke pusingan akhir acara all-around lelaki Olimpik...

Sukan

Kongsikan Artikel IniTOKYO, 24 Jul – Atlet angkat berat Uganda yang hilang di Jepun minggu lalu selepas impiannya untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo...

Sukan

Kongsikan Artikel IniTOKYO, 23 Jul – Sukan Olimpik Tokyo 2020 akhirnya disingkap secara rasmi malam ini dalam stadium ‘tanpa penonton’ yang ditangguhkan selama setahun,...

Sukan

Kongsikan Artikel IniTOKYO, 23 Jul – Saksikan siaran langsung upacara Perasmian Sukan Olimpik Tokyo 2020 menerusi siaran live di bawah.     http://liveonhditv.com/Olympic-Ceremony https://sportspctv.com/Tokyo-Olympics2020/

Copyright © 2021 Media Rania