Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Sanusi Perlu Perinci Nilai Pelaburan Sebenar – AMK Malaysia

Kongsikan Artikel Ini

ALOR SETAR, 12 Jun – Menteri Besar Kedah, Mohamad Sanusi Md Nor digesa supaya memperincikan nilai pelaburan sebenar yang kononnya berjumlah RM43 bilion.

Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Aizuddin Ariffin, di saat rakyat Kedah gembira dengan pengumuman yang dibuat oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Sanusi perlu menjelaskannya secara terpeinci kepada rakyat.

“Nilai ini adalah bersamaan 53% (lebih separuh) daripada nilai keseluruhan jumlah pelaburan diluluskan bagi negara bagi tempoh Januari sehingga Mac 2021 ataupun suku pertama.

Lanjutan daripada pengumuman ini, saya ingin mencelah kenyataan yang dibuat oleh YAB Menteri Besar Kedah yang beranggapan prestasi ini satu yang menakjubkan tatkala senario ekonomi global yang suram,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Beliau menasihati Sanusi agar tidak berasa selesa dengan prestasi yang diumumkan kerana data ini bukanlah gambaran jumlah pelaburan yang sebenar (Actual Investment Value) dalam negeri Kedah.

Ford Raptor 2020: Mantap, Tangkas

Ford Raptor 2020: Mantap, Tangkas

“Saya lebih berminat untuk mengetahui jumlah pelaburan sebenar dalam negeri ketika ini berbanding Approved Investment yang digembar gemburkan. YAB Sanusi harus kemukakan nilai tersebut,” tambahnya lagi.

Beliau menambah, apa yang lebih bermakna kepada penduduk negeri Kedah adalah pelaburan yang benar-benar direalisasikan dan memberi manfaat. Baik dari meningkat taraf ekonomi rakyat, peluang pekerjaan dan kepesatan pembangunan setempat.

“Kita tidak mahu nilai RM43 billion ini hanya bersifat ‘kosmetik’ dan hanya diluluskan diperingkat kementerian. Kerajaan pimpinan Sanusi perlu memastikan ianya menjadi kenyataan,” tegasnya.

Beliau juga meminta Sanusi mengemukakan anggaran perincian berapakah peluang pekerjaan yang bakal diisi oleh anak muda negeri Kedah hasil pelaburan ini dan bilakah ianya boleh menjadi kenyataan.

“Dengan perkembangan yang ‘menakjubkan’ ini juga, saya mengusulkan supaya kerajaan negeri dapat menyalurkan bantuan khas kepada rakyat negeri yang terkesan kerana pandemik Covid-19,” ujarnya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 29 Jul – Sebanyak RM1.6 juta diperuntukan menerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) untuk disumbangkan kepada 301 buah masjid dan...

Nasional

Kongsikan Artikel Ini Tindakan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun menolak usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniREMBAU, 27 Jul – Kerajaan Negeri Sembilan menetapkan sasaran seramai 700,000 individu di negeri ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 menjelang 31...

Negeri

Kongsikan Artikel Ini Pilihan raya negeri Sarawak kembali diperkatakan setelah kerajaan mengumumkan pembatalan Ordinan Darurat menjelang berakhirnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos ini. Pembatalan...

Copyright © 2021 Media Rania