Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Lebih 4,000 Korban Covid-19 Dalam 24 Jam Di India

Kongsikan Artikel Ini

NEW DELHI, 12 Jun – India mencatatkan lebih 4,002 lagi kematian akibat COVID-19 pada Sabtu, menurut Kementerian Kesihatan.

Secara keseluruhan seramai 367,081 penduduk maut akibat virus itu setakat ini.

Menurut Agensi Berita Anadolu, negara ini turut mencatatkan 84,332 kes baharu sejak 24 jam lalu, terendah dalam masa 70 hari. Jumlah keseluruhan jangkitan kini sebanyak 29.3 juta.

Pada 10 Jun India mengumumkan sejumlah 6,148 kematian – tertinggi dalam masa sehari sejak bermulanya wabak.

Pegawai kesihatan berkata lonjakan itu disebabkan negeri Bihar membuat semakan semula jumlah korban.

Menurut satu kenyataan pada lewat Jumaat, jumlah dos vaksin COVID-19 yang sudah diberikan kini mencecah 249,316,572.

India adalah negara kedua merekodkan jumlah kes jangkitan tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat (AS).

Daripada segi jumlah korban keseluruhan pula, India di kedudukan ketiga di belakang AS dan Brazil.

– BERNAMA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniGENEVA: Dunia berisiko berdepan kegagalan dalam memerangi COVID-19 akibat varian Delta yang mudah menular. Bagaimanapun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yakin vaksin yang...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniYANGON, 27 Jul – Junta tentera Myanmar membatalkan keputusan pilihan raya umum 2020 yang dimenangi parti Liga Demokrasi Nasional (NLD) pimpinan Aung...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniRIO DE JANEIRO: Pertelingkahan meletus membabitkan kumpulan penunjuk perasaan dan sekumpulan polis di Rio de Janeiro ketika mana protes berlanjutan menuntut peletakan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniMANILA, 23 Jul – Filipina mengenakan larangan kemasukan individu dari Malaysia dan Thailand serta mengetatkan sekatan di wilayah Manila, dalam usaha mencegah...

Copyright © 2021 Media Rania