Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Krejcikova Juara Wanita Terbuka Perancis 2021

Barbora Krejcikova menjulang kejuaraan pertama Terbuka Perancis
Kongsikan Artikel Ini

PARIS,12 Jun – Barbor Krejcikova meraih gelaran juara Grand Slam selepas menewaskan pemain Rusia, Anastasia Pavlyuchenkova dengan keputusan 6-1, 2-6, 6-4 pada perlawanan akhir Terbuka Perancis kategori wanita sebentar tadi.

Pemain berusia 25 tahun itu merupakan pemain kelahiran Republik Czech pertama menjulang Piala Suzanne Lenglen selepas Hana Mandlikova, yang mewakili Czechoslovakia, nama lama bagi republik itu yang menjuarainya pada tahun 1981.

Krejcikova memenangi enam perlawanan berturut-turut untuk mengambil set pembukaan setelah menjatuhkan servis pada babak pertama, sebelum Pavlyuchenkova memperoleh kedudukan unggul pada set kedua.

Pertarungan mendebarkan itu disaksikan lebih 4,000 penonton yang dibenarkan masuk oleh penganjur setelah berunding dengan kerajaan negara itu.

Semalam, pertembungan epik antara pemain nombor satu dunia lelaki dari Serbia, Novak Djokovic dan pemain sensasi Portugal, Rafael Nadal berlanjutan selama 4 jam 11 minit dengan disaksikan lebih 5,000 penonton hingga melewati tempoh masa jam 11 malam yang dibenarkan berada di luar.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniBIRMINGHAM, 7 Nov – Erik ten Hag menganggap kekalahan 3-1 Manchester United kendaliannya di tangan Aston Villa adalah sesuatu yang tidak boleh...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 2 Nov – Liverpool menamatkan deretan 21 perlawanan tanpa kalah Napoli tetapi tidak cukup untuk memintas pendahulu Kumpulan A Liga Juara-Juara...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 31 Okt – Reiss Nelson tampil cemerlang ketika membantu Arsenal kembali menerajui Liga Perdana Inggeris (PL) dengan membelasah Nottingham Forest 5-0....

Sukan

Kongsikan Artikel IniAMSTERDAM, 27 Okt – Liverpool mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) selepas tiga jaringan pantas memastikan Reds selesa membenam...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER