Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Aksi Denmark-Finland Terhenti, Pemain Rebah

Kongsikan Artikel Ini

COPENHAGEN, 12 Jun – Pemain tengah bola sepak Denmark, Christian Eriksen rebah tiba-tiba ketika pasukannya menentang Finland dalam aksi EURO 2020 dalam separuh masa pertama.

Perlawanan Kumpulan B itu menyaksikan minit ke-42, Denmark mendapat lontaran ke dalam berdekatan kubu lawan.

Bagaimanapun, Eriksen yang berlari untuk menyambut balingan itu tiba-tiba terjatuh rebah dan tidak sedarkan diri.

Pengadil kemudian mengesahkan perlawanan itu akan digantung dan UEFA memberitahu Eriksen telah dibawa ke hospital dan keadaannya dilaporkan stabil.

Kecekapan petugas perubatan menyelamatkan Eriksen mendapat pujian peminat bola sepak seluruh dunia yang terkejut dengan insiden melibatkan pemain kelab Liga Perdana Inggeris (PL), Tottenham Hotspur itu.

Masih terlalu awal untuk menentukan punca sebenar namun Eriksen yang sudah sedar dijangka akan direhatkan dalam aksi seterusnya sehingga pakar perubatan meluluskan tahap kesihatannya.

Peminat yang berada di stadium diberi maklumat tentang perkembangan Eriksen dari semasa ke semasa menerusi paparan di skrin besar yang berada di dalam stadium itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniBIRMINGHAM, 7 Nov – Erik ten Hag menganggap kekalahan 3-1 Manchester United kendaliannya di tangan Aston Villa adalah sesuatu yang tidak boleh...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 2 Nov – Liverpool menamatkan deretan 21 perlawanan tanpa kalah Napoli tetapi tidak cukup untuk memintas pendahulu Kumpulan A Liga Juara-Juara...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 31 Okt – Reiss Nelson tampil cemerlang ketika membantu Arsenal kembali menerajui Liga Perdana Inggeris (PL) dengan membelasah Nottingham Forest 5-0....

Sukan

Kongsikan Artikel IniAMSTERDAM, 27 Okt – Liverpool mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) selepas tiga jaringan pantas memastikan Reds selesa membenam...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER