Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

TERKINI – UK Derma 100 Juta Dos Vaksin Covid-19

Kongsikan Artikel Ini

CORNWALL, England, 11 Jun – Menjelang Sidang Kemuncak G7 yang akan bermula sebentar lagi, Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson mengumumkan akan menderma 100 juta dos vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca kepada negara-negara miskin.

Perancangan Johnson itu menyusul selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan akan menderma 500 juta dos vaksin jenis Pfizer ke 92 negara miskin terutamanya ke negara-negara Kesatuan Afrika (AU) dua hari lalu.

Kumpulan negara kaya itu mensasarkan akan menyuntik 1 bilion dos vaksin ke dalam sistem vaksin global, Covax menjelang berakhirnya pandemik itu hujung tahun depan.

Johnson dijangka akan mengumumkan perkara itu sebelum sidang kemuncak yang diadakan di pusat peranginan terkenal Britain itu beberapa jam dari sekarang.

Difahamkan UK akan menambah bekalan lima juta vaksin menjelang September ini dan baki 25 juta akan dihantar menjelang hujung tahun ini.

– BLOOMBERG

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 13 Jun – Pasukan saintis Britain memberi amaran negara ini boleh merekodkan kes jangkitan Covid-19 sebanyak 100,000 kes sehari menjelang Julai....

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniCORNWALL, United Kingdom, 13 Jun – Pemimpin G7 semalam mendepani isu pengaruh China dan ancaman pandemik masa depan, menampilkan muafakat baharu Barat pada...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel Ini KABUL, 12 Jun – Afghanistan hari ini mengumumkan menutup semua institusi pendidikan di seluruh negara di tengah-tengah peningkatan jangkitan dan kematian...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel Ini Mahkamah AS mendakwa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low kerana menggunakan “saluran belakang” pada tahun 2017 untuk...

Copyright © 2021 Media Rania