Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

TERKINI – Pakatan Harapan TOLAK MAGERAN Cadangan Mahathir

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 11 Jun – TOLAK.

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini menolak cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) kembali ditubuhkan.

Dalam satu kenyataan hari ini, PH berkata cadangan itu bertentangan dengan prinsip mereka selaku parti yang menjunjung demokrasi berparlimen.

Tegas mereka lagi, apa yang diperlukan negara ini ialah pembukaan kembali sidang Parlimen bagi membincangkan isu berkaitan politik dan COVID-19.

“Pakatan Harapan menolak cadangan MAGERAN ini berdasarkan pendirian konsisten kami bahawa darurat perlu ditamatkan segera dan Parlimen perlu dibuka semula sekarang.

“Penyelesaian kepada masalah rakyat dalam isu COVID-19, ekonomi, malah juga politik memerlukan demokrasi berfungsi dengan baik, dan ruang terbaik untuk mendengar suara rakyat serta mencari penyelesaian ialah di Parlimen,” menurut kenyataan itu lagi.

Kenyataan tersebut ditandatangani Pemgerusi PH yang juga Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Semalam, Dr Mahathir telah mencadangkan penubuhan kerajaan atau kuasa baharu sama seperti Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang pernah ditubuhkan pada tahun 1969 semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan, penubuhan MAGERAN berjaya memberi penyelesaian kepada situasi politik negara pada suatu ketika dahulu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Politik

Kongsikan Artikel IniSeorang penganalisis berwaspada dengan cadangan penubuhan Majlis Gerakan Nasional (MAGERAN) Dr Mahathir Mohamad kerana hakikatnya kumpulan pakar bidang yang dicadangkan untuk dilantik...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPenutupan penuh sektor sosial dan ekonomi menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) atau ‘total lockdown’ di seluruh negara yang bermula 1 Jun...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUCHING, 11 Jun – Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin di rumah. Fadillah...

Politik

Kongsikan Artikel IniEdaran Media 11 Jun 2021 Mageran ala Mahathir – Hanya untuk Angkat Kelompok Elitas 1. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada dasarnya berperanan...

Copyright © 2021 Media Rania