Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Tak Dapat Bayangkan Tun M Jadi Pengerusi MAGERAN – Razeef

Kongsikan Artikel Ini

KOTA KINABALU, 11 Jun – Cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad agar Majlis Gerakan Negara (Mageran) diwujudkan untuk mengambil alih sementara urusan pentadbiran kerajaan adalah langkah ke belakang, kata Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah, Razeef Rakimin.

Ia juga dilihat akan mewujudkan pemerintahan diktator selain dilihat cadangan lapuk dan bakal merosakkan lagi demokrasi di negara ini.

”Jika di bawah Parlimen beliau boleh bertindak seperti diktator, tidak dapat dibayangkan jika beliau mempengerusikan Mageran,” katanya.

Ini kerana, cadangan itu dibuat oleh Mahathir sehari selepas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Marzuki Mohamad menyatakan ada pihak mencadangkan pelaksanaan Mageran.

”Adakah Mahathir berhubung dengan Mahiaddin (Perdana Menteri) untuk mencadangkan pelaksanaan Mageran? ‘Mengikut sejarah Mageran yang dilaksanakan pada 1963 dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri.

”Adakah Mahathir cuba meletakkan menteri kanan iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di tampuk kekuasaan ala diktator bagi menghalang Pakatan Harapan untuk menyelamatkan negara?,” soalnya.

Beliau seterusnya membuat kesimpulan cadangan pelaksanaan Mageran hanya memberi kelebihan politik dan kuasa kepada individu tertentu tetapi tidak dalam memulihkan krisis yang dihadapi negara hari ini.

Lantaran itu, AMK Sabah mendesak Parlimen dibuka semula agar semak imbang pentadbiran berlaku terutama dalam menguruskan pandemik Covid-19.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel Ini Pemimpin Umno menggunakan kiasan tiang gol bola sepak untuk mengecam Menteri Undang-Undang Takyuddin Hassan. Ini selepas Takiyuddin menegaskan bahawa kabinet tidak...

Nasional

Kongsikan Artikel IniAhli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin mempersoalkan mengapa majikan perlu menampung kos pentadbiran dan tempat untuk vaksin Covid-19. Dia berkata kerajaan telah...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 13 Jun – Perang antara dua pemimpin daripada Umno dan Pas nampaknya berterusan seolah perdana menteri kerajaan haram, Muhyiddin Yassin...

Nasional

Kongsikan Artikel Ini Kenyataan Menteri Undang-Undang, Takiyuddin Hassan bahawa jemaah menteri menasihati Yang di-Pertuan Agong sama ada proklamasi darurat perlu dilanjutkan atau tidak adalah...

Copyright © 2021 Media Rania